Semalam final Mentor 5 sebelum ni tak pernah tengok pun, dah jadi kebiasaan saya akan tengok final jer... Semalam kebetulan habis final Sudirman Cup ( bukan Sudirman penyanyi Malaysia yer..ni sempena nama presiden PBSI Dirk Sudirman) antara Denmark dan China yang dimenangi oleh China terlintas pula malam ni final Mentor 5, jadi layan la kejap nak tengok result.
Apa yang saya teruja tengok Mentor semalam apabila ada segmen peserta ujibakat yang dipilih beraksi dipentas akhir tersebut, satu minat Syarifah Aini dan sorang lagi peminat KRU, apa yang nak saya sampaikan disini tentang seorang ibu peserta uji bakat tersebut yang saya tengok memang peminat sejati Syarifah Aini. dalam perbualannya dengan Syarifah Aini beliau menyatakan dengan lagu Syarifah Ainilah beliau membesarkan anak-anaknya "saya mendodoikan anak-anak saya dengan lagu kak pah hohohho..." kata akak tu, yang hohoho tu saya tambah jer..;-)
Lagi satu ayat yang sangat menerujakan saya "kalau akak mati pun akak akan dapat pejam mata rapat"..kata akak tu sebab dapat berjumpa Syarifah Aini. Saat itu saya terfikir, alamak !! biar betul akak ni...macam-macam dalam dunia ni, apapun tahniah kepada syarifah aini kerana memiliki peminat seperti itu.
p/s harap lepas ni akak tu ikut cara berpakaian kak Pah plak.
13 comments:
fuyoo..minat beto akak tuh dgn sharifah aini tuh..
aku pun cuak jugak bila akak tu ckp mcm tu..tk agak2 ayat dia..mati pun nnt nak dengar lgu kak pah..aaaa sudah...kih kih kih
amboi , habis tu kalau kewajipan yang lain tak tertunai lagi pastu dah nak mati macamana? boleh pejam rapat lagi mata tu ?
itu namanya peminat yg obses..
heheh..
bkn obesiti.. =0
nk bt cmne.
dh terlalu obses.
:)
huhuhu syarifah aini .. mak ps adejumpa die ni
semua komentator : terima kasih semua, inilah yang dinamakan fanatik...jgn jadi terlalu fanatik yer...banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan sebelum kita menutup mata menemuiNYA...
maybe akk tu fans berat kpd sharifah aini. biarlaah dia, dia pun ada feel jugak nak admire kat seseorang. lain org, lain pendapat kann. :))
rtp farra : betul tu, sokonglah artis tempatan.....
obses sgt kat artis pown x elok.
hahaha.. kelakar lah akk tu.. rasanya lepas dpat jumpa SA tu, sebulan dia tak pat tido.. appy sangat.. :P
saya pun terkejut dgr kenyataan aunty tu, rasanya tak elok dia kata macam tu "kalau mati pun tak ralat dah"boleh ek camtu???kan tak baik memuja2 artis melebih2 sangat dr kita memuji2 Allah dan Nabi Kan??? harap2 lps ni nak bercakap pun agak2 la....berhibur ada batasnya, minat tu boleh tapi biarlah berpada...jgn sampai mengagungkan sgt..kita org Islam.
Post a Comment