Wednesday, March 14, 2012

MALAYSIA VS SYRIA 14 MAC 2012 | SIARAN LANGSUNG MALAYSIA VS SYRIA 14 MAC 2012 CH 813 JAM 1855 HRS

MALAYSIA VS SYRIA 14 MAC 2012 | SIARAN LANGSUNG MALAYSIA VS SYRIA 14 MAC 2012 CH 813 JAM 1855 HRSAtas kertas, perhitungan antara skuad Olimpik negara dan gergasi Asia Timur, Syria dalam aksi penutup tirai Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Raja Abdullah, Amman, Jordan malam ini dilihat tidak ubah seperti pelengkap jadual kemenangan semata-mata. Bagi jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee, ia masih satu perlawanan yang cukup penting, terutamanya sebagai persiapan menjelang kelayakan Piala Asia Bawah 22 tahun pada Jun depan.

Menurut beliau, inilah medan terbaik menguji kemampuan pemain muda negara selain aksi kompetitif dalam saingan Liga Singapura (Liga S) yang menyaksikan Hari- mau Muda mengumpul enam mata maksi- mum hasil dua kemenangan setakat ini. Biarpun skuad Olimpik negara seolah-olah 'diajar' erti sebenar bola sepak oleh Jepun, Syria dan Bahrain apabila gagal mencuri sebarang mata dalam lima perlawanan sebe- lum ini, ia langsung tidak menjejaskan semangat anak-anak buah Kim Swee.

"Kecewa memanglah kecewa kerana gagal mengutip sebarang mata, namun jika dilihat dari sudut positif, pasukan negara bukannya tewas mudah tanpa melawan dalam setiap perlawanan sebelum ini. "Saya percaya, tahap keyakinan dan kematangan pemain akan meningkat jika berterusan didedahkan dengan aksi kompetitif seperti ini," kata Kim Swee baru-baru ini.

No comments: