aku ke ni...errr saya kot
Assalamualaikum dan salam sejahtera...antara aku dan saya yang manakah paling di aplikasikan atau digunakan dalam dunia blog ni....mungkin penggunaan aku dilihat lebih santai dan lebih rapat dengan para pembaca dan jika menggunakan kata ganti nama saya terasa sedikit keformalannya...kadang-kadang bagi kita pembaca dan penulis blog. Kebanyakan pembaca blog ni adalah seorang yang mencari kelainan dari segi pengisian dan cara penyampaian yang lebih santai....
Jadi adakah kita perlu mengikut arus atau terus melawan arus ...kerana kebanyakan mereka yang mengambil keputusan melawan arus ...apabila dia berjaya melawannya dia akan lahir sebagai seorang pejuang sejati kerana lahir daripada dunia yang penuh cabaran dan dugaan, tetapi jika gagal....kita akan terus hanyut dan ditinggalkan.....tetapi jika kita memilih untuk mengikut arus....adakah kita jamin kita akan berjaya....kerana kita akan sama dengan mereka yang lain...dan seringkali jika sesuatu hasil yang kita dapat adalah sama dengan kumpulan tersebut ianya akan menjadi biasa-biasa sahaja....
17 comments:
Boleh jenguk blog saya. Saya pakai kata ganti diri SAYA. my readers okay saja rasanya. setakat ni tak de koment paper ponn .
kerdildesa.blogspot.com
aha, good point bro. seriously masih tercari-cari lagi. sebelum ni saya guna 'saya' dalam penulisan. tapi, disebabkan nampak terlalu formal untuk personal blog, sy tukar ke kata ganti diri 'aku' dalam beberapa hari ni.
CBK suka guna aku dalam blog sebab CBK memang tak biasa pakai saya . kecuali memang perlu giler giler pakai saya tuu . tak bermaksud kurang ajar , kan ? hihi
guna apa-apapun boleh.yang penting keselesaan menulis itu penting,kerana kepuasannya disitu :)
aku suka menulis seperti aku sedang bercakap.. janji tak hipokrit dan penulisan kita jujur.. buat apa nk fikir sangat perasaan org dan membuatkan kita hipokrit??
aku tak suka jadi hopikrit sbb bahasa aku mmg mcm tu.. so?? yang berminat utk membaca entri aku, silakan.. hahahha...
janji aku dapat kepuasan yang aku nak tulis dalam entri tuu.. betol tak??
selalu guna i , you dlm prcakapan ngan kwn2 . .. .tp, dlm blog guna aku. . . kdg bila balas komen , guna saya. . :)
tak mengapa
tepuk dada tnya selera
kedua2nya boleh.. asalakan isinya mudah difahami, menarik..
sudah pasti tak de masalah bukan?
beri..ambil ..pangil..datang..walau api menjulang...
caci.. puji..kawan...lawan... kita tetap terima......
kita peng-yu....
Guna perkataan 'aku' kerana ia boleh disesuaikan dengan semua mood...'saya' terlalu formal..
Apapun terpulanglah kepada citarasa penulis...
Nice entry bro!
Tulis Ikut Hati Bak kata Aizul Marcelo... hehehe
saya guna 'aku' hehehe
'saya' cam tak biasa lak
err, between nak panggil ape tah kat harrazdani ni?sbb tau tu name anak..:D
say suka gunakan "aku" krn saya terasa dekat dengan pembaca disamping itu seolah2 saya bercerita kepada semua...
errr nk guna aku ke saya eh .. saya ke aku eh .. nth ..haha
tunggu ade orag suggest untuk blog aku / saya haha .. :D
aku saye..ohoii..aku lah best sikit :D
hehehe... kb gune 'aku' sebb lebih selesa.. bru terasa mcm bercerita dgn kawn2.. biasanya blog yang formal gne saya kan
mula2 dulu guna aku, now dah tukar fa.
dulu bui guna 'aku'..tp rasa mcm kasar sangat..nak guna 'saya' macam formal..last2 bui guna nama,baru rs mcm santai jer..*_*
Post a Comment