Harraz, Firasz dan Aku
Kadangkala aku terfikir dan bertanya pada diri sendiri,
satu hari nanti, bila aku sudah tiada,
bagaimanakah diri aku akan anak-anak ingati?
Adakah mereka akan ingat saat-saat aku memarahi mereka waktu kecil?
Atau mengingati aku melalui tempat-tempat yang kami pernah terokai bersama?
Atau… ingatan itu datang dari melihat insan-insan lain?
atau tidak ingat langsung...ohhhh tidak, kita tidak boleh berfikiran negatif pada seorang anak,
tetapi tidak boleh mempercayainya seratus peratus
apabila mereka sudah semakin jauh dari pandangan kita.
Kadangkala ramai yang tersilap menilai anak...
tetapi anak bukan untuk dinilai dan diperbandingkan
anak untuk didik dan dikasihi
mendidik dan mengajar itu banyak bezanya
agar kita kelak dikenang bukan kerana kita mengajar mereka
tetapi bagaimana kita mendidik mereka
bagi aku hidup ini untuk diingati sebenarnya....
p/s aku rasa cam pelik jer entry-entry aku hari ni....
kb sentiasa ingt ayah kb.. kdg2 selalu bercerita dgn kwn2 pasl ayh kb.. :)
ReplyDeleterindu kat ayah kb bila baca entri ni.. dah 3hari tak jumpe.. T_T
kalo ayie ak ingt ayah sengn shje melalui pesanannye and kalo umi melalui didikannyer.. itu shje..pasti ad smthng yg akan memberikan kesan
ReplyDeleterindu kat anak ke ni?hehe
ReplyDeletesejahat mane pun bapak, die tetap darah daging kite..mesti la akan ingat..
KB : anak yg baik sentiasa bangga dengan ayahnya
ReplyDeleteayie :pesanan dan didikan bekalan untuk kita selamanya
wani : tau takper..hujung minggu ni balik laaa kejap...berpuasa bersama mereka barang sehari dua.
alaaa sedeh. :( serius sedeh.
ReplyDelete:) sebagai seorang ibu , kadang saya juga terfikir apa yang kamu fikir apatah lagi bila Adam membesar tanpa seorang ayah. . .kdg,risau memikirkan apakah anak2 akan menyalahkan saya. . .membiarkan mereka membesar tanpa keluarga yg sempurna. .tp, spt yg kamu kamu kata. . .cara didikan itu yang penting. . .moga2 saja, mereka memgerti bila mereka dewasa nanti :)
ReplyDeletep/s : agak tacink baca entri kali ini =____='
terbaik bro..ingt mngigati...
ReplyDeletenanti dah further study mesti rindu kat mak and abah . ;(
ReplyDeletesentimental le bro entry hari ni...nice!
ReplyDeleteya allah,rindunya dengan bapa dan mama....huhu.bapa pendiam tapi pemerhati,mama pula bising namun sering mendamaikan....bila duduk jauh dari parents,pesanan mereka sentiasa dalam ingatan....
ReplyDeletesangat rindu,tak sabar tunggu dua minggu lagi nak BALIK RUMAH....
akal manusia ada batasnya :)
ReplyDeleteAyah saya tak banyak berperanan terhadap keluarga...
ReplyDeleteTapi saya tahu dia ayah saya...
Dan anak2 saya sangat rapat dengan ayah mereka...
Semoga begitu selama nya...
ye,,hidup itu untuk diingati..bukan kerana jahatnya kita..tetapi kerana kebaikan yang dilakukan
ReplyDeletekalau baik didikannya.. baiklah bila tiba besarnya..
ReplyDeletekalau baik ajarannya
baiklah pemikirannya..
jgn
anak-anak boleh baca keikhlasan dan kasih syang ibu bapanya
walau segarangmana pun kedua bapa mereka mengajar mereka.
cth hari ini
kita sebagai anak
sgt2 menghargai cubitan, bebelan dan sebatan ibu bapa
malah berterima kasih lagi
kerana
didikan mereka yang sebagaimanapun
akhirnya menjadikan kita manusia pada hari ini..
sayu je bila baca entri ni bro..
ReplyDeleteanak2 mmg tak seharusnya melupakan pengorbanan orang tua mereka...
mesti ingat semua jasa mereka yang mendidik kita dari kecil sampai la ke besar...
didik anak supaya mengenang kita bukan kerana kita mengajar mereka ..
ReplyDeletesuka ayat tu :)