Pages

Tuesday, August 16, 2011

Entry renungan | kalau tak merdeka, agak2 kita raya macam mana????????


Allahyarham Mohamed Hamzah pencipta bendera Malaysia (kini Jalur Gemilang) pada tahun 1947

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Perayaan kemerdekaan tahun ini kelihatan sedikit hambar kerana bertembung dengan perayaan Aidilfitri bagi umat islam. Walaubagaimanapun kita sebagai rakyat Malaysia walaupun perayaan hari kemerdekaan tahun ini dianggap nombor dua selepas Aidilfitri tetapi aku menuntut kita semua menghayati semangat kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini. Dah lima puluh empat tahun Negara tercinta ini memperolehi kemerdekaannya. Adakah kita benar-benar merdeka ? Bukan hanya bebas dari segi zahirnya tetapi dari segi rohani dan cara pemikiran kita yang tidak mudah dipengaruhi dengan anasir-anasir luar yang tidak baik. Merdeka dalam erti kata kita bebas mencorakkan arah tuju pemerintahan negara kita tanpa bergantung dan dikongkong oleh pihak-pihak luar yang berkepentingan.

Dua minggu lagi kita akan menyambut dua perayaan yang memberi erti kemenangan kepada kita umat islam di Malaysia. Kadang-kadang aku terfikir jika kita hanya merdeka di atas kertas, seperti Palestin dan negara-negara luar yang sedang dan telah lama bergolak yang masih mencari-cari apakah erti sebuah keamanan. Adakah beerti Aidilfitri kepada kita semua ? apabila setiap saat ada nyawa yang terkorban, kanak-kanak yang kehilangan ibu dan bapa dan gadis-gadis diperkosa dengan serakus-rakusnya. Oleh yang demikian benarlah sejarah islam telah membuktikan bahawa Rasullullah SAW terlalu menekankan tentang penubuhan daulah islamiah yang kukuh dan merdeka sebelum Baginda melaksanakan segala ajaran dan tuntutan agama islam. Sehingga Baginda diperintahkan oleh Allah SWT agar berhijrah ke Madinah bagi memberi lebih perlindungan dan keamanan untuk umat islam.

Oleh yang demikian kita  perlu bersyukur kerana lahir dalam islam dan di bumi yang bertuah ini kita membesar dan insyaalah akan mati di sini. Maka disamping kita ghairah untuk menyambut hari lebaran yang akan tiba, kita jangan lupa akan hari kemerdekaan negara kita, kerana disebalik keamanan yang kita kecapi sekarang ada jiwa yang berkorban harta dan nyawa demi melihat generasi mereka pada hari ini hidup dalam aman dan damai di bawah naungan agama islam yang luhur dan suci ini. Jom kita kibarkan jalur gemilang tanda sayang dan kasih kita pada negara yang tercinta ini.

25 comments:

  1. tanpa keamanan hasil kemerdekaan..kita nak beraya pun tak senangkan..

    ReplyDelete
  2. meredeka..merdeka..merdeka...menterdarah..eh...silap plak.. kih kih kih

    ReplyDelete
  3. tak merdeka, tak raya la kita kan. huhu

    ReplyDelete
  4. betul tu, kita harus bersyukur, lahir di negara yg aman dan bangga menjadi raktay malaysia, jadi jangan kita porak perandakan keamanan yang kita kecapi sekarang

    ReplyDelete
  5. Betul tu...Tengok aje ler London sekrg ni...Agak2 camnelah diorg beraya ye??? Ini baru betul dikatakan rusuhan...Syukur rusuhan di Malaysia tak seteruk negara2 lain...Apa2 pun alhamdulillah dah masuk 29 tahun beraya tahun ni...

    ReplyDelete
  6. mmg sgt2 bersyukur menjadi rakyat Malaysia..bg yg suka nk memporak perandakan negara mmg patut dihalau keluar dr Malaysia..


    p/s:kalau ada lagi jumpa org muka mcm bui,tegur ajer..mana tau betul2 bui..hehehe

    ReplyDelete
  7. betul bro aku sokong.tak merdeka..kita tak tau lagi macamana kita beraya sekarang.entah ada..entah tak

    ReplyDelete
  8. tahun ni sambut raya sambil kibar bendera..tentu lebih meriah kan

    ReplyDelete
  9. amat bersyukur menetap di malaysia... dapat sambut hari raya dgn meriah sekali

    ReplyDelete
  10. mmg x de rasa lansung kot sambutan merdeka....tah la...aku memilih raya :)

    ReplyDelete
  11. Malaysia.Tanak Tumpahnya Darahku.
    betul2..kita kena bersyukur kita hidup kat negara Malaysia ni..=)

    ReplyDelete
  12. ssh nk bayangkan klu raya tanpa kemerdekaan...nk main bunga api pon takot apatah lagi meriam buloh kan

    ReplyDelete
  13. klau x merdeka, kita x bole beraya mcm skrg ni laa kn...

    ReplyDelete
  14. ad hikmahnye raya tahun nie dengan kemerdekaan.. first kita sbgai umt islam yg puasa penuh dpt meymbut kemngn and second, kita menghormati keamnan negra kita..

    ReplyDelete
  15. wah...bersemangat raya patriotik ni...hehe

    seharusnya syawal disambut kerana kita berjaya memerdekakan diri dari belenggu hawa nafsu yang berjaya ditundukkan dalam ramadhan...

    dan ironinya tahun ini aidilfitri disambut seiring dengan kemerdekaan negara walaupun hakikatnya ramai yang masih terbelenggu akibat penjajahan minda dan fikiran...

    semoga kita dapat membebaskan diri dari belenggu tersebut...

    ReplyDelete
  16. raya disebalik ketakutan kot huhu...

    ReplyDelete
  17. off topik sat...blog dah lain berwajah baru nampak smart err shoutbox dah tade ek???

    ReplyDelete
  18. terharu bce...huhu...merdeka !!
    agk2 mcm mne situasi raya dengan merdeka yg serentak ni...huhuhu...hope kita kekal merdeka sampai kiamat...hehehe..amin ~~

    ReplyDelete
  19. merdeka tapi hakikatnya kita masih lagi dijajah...

    ReplyDelete
  20. http://innit.nuffnang.com/view/1980931/tips-in-summary

    Post terbaru http://zulzol.blogspot.com/2011/08/tips-in-summary.html komen-komen la ia :-)

    ReplyDelete
  21. skrg ni .. tanggungjwb kita mnjaga dan memelihara keamanan tu bersama .

    hehe .. tak merdeka tak rayo lah kita ..

    ReplyDelete
  22. kita dah merdeka..tapi sebenarnya kita masih dijajah!

    ReplyDelete
  23. kalo tak merdeka

    nak beraya pom cam tak aman ja .

    :)

    ReplyDelete