Pages

Sunday, September 4, 2011

Entry santai | petang terakhir di kampung....;-(

 ni gambar depan rumah aku..memang best waktu pagi dan senja...sawah padi hijau..fuhhh best.

Salam to all, hampir dua minggu aku di kampung halaman. Esok dah nak berangkat ke Kuching untuk menyambung tugas yang belum selesai...insyaallah selesai apabila tiba umur 58 tahun atau mungkin tidak sempat ke umur itu, hanya allah SWT yang tahu. Hati berat sebenarnya nak tinggalkan tempat yang penuh dengan kedamaian dan ketenangan ini terutamanya ibu bapa tersayang, tapi apakan daya tuntutan kehidupan aku memang begitu jalan ceritanya. Yang bestnya aku orang pertama yang tiba di kampung dan aku jugalah yang terakhir meninggalkannya. 


Kampung bagi aku merupakan satu tempat yang penuh kehijauan dan ketenangan dan aku bersyukur kerana aku ada kampung yang memang benar-benar kampung. Berapa ramai di antara kita yang pulang ke kampung tetapi di sekelilingnya penuh dengan bangunan dan kebisingan dan kekotoran udara akibat gas yang dilepaskan. Aku terfikir jika suatu hari nanti aku mendiami atau menetap di kawasan perumahan di bandar...adakah masih  ada nilai kampung lagi pada anak cucu aku nanti...kampung tidak akan lenyap tetapi generasinya yang akan berpusing dan terus berpusing.

18 comments:

  1. wah..bestnya.. hijau je dpn rumah..

    ReplyDelete
  2. suatu hari nanti nak balik duduk kat kampung .....

    ReplyDelete
  3. kampung sangat mendamaikan...
    udara nyaman, sawah menghijau, taik ayam banyak kihkihkih!

    ReplyDelete
  4. kampungku syurgaku..olos tokde nok berayo :D

    ReplyDelete
  5. cantiknya..ai sy idam2 permandangan halaman rumah macamni :(

    ReplyDelete
  6. damainya bro..best klu lepak ptg2 kat sini

    ReplyDelete
  7. kemana kita dilahirkan,situ jua kita akan kembali..

    kampung sememangnya terbaik dalam bab menawarkan pakej ketenangan untuk jiwa n minda..kampung sajala mengerti maksud sebenar kedamaian..sungguh cantik kampung bro..:)..berlatarkan sawah padi,memang cool bila hirup teh time petang2..

    ReplyDelete
  8. sama la bro..depan umah sawah jugak..tp dah lama tk de padi..jadi kolam ikan skang ni.. kih kih kih

    ReplyDelete
  9. kedah ke kelate bro?
    eh..ade padi ke sane

    ReplyDelete
  10. mendamaikan kg cm ni..

    kg sy pon ala2 gini gak..beshnya..

    ReplyDelete
  11. best kan suasana kg..phat kalo balik kg rasa malas je nak balik bandar semula..

    selamat hari raya

    http://phatthegreat.blogspot.com/2011/09/cerita-raya-lagi-raya-kedua.html

    ReplyDelete
  12. anak wak mali : kat kelantan.

    terblog : kelantan....

    calips : pantai timur...

    ReplyDelete
  13. wah..bestnya rumah depan sawah padi..
    bui suka tengok sawah padi..tenang dan damai jer perasaan..*_*

    ReplyDelete