Saturday, February 4, 2012

KELANTAN VS BALESTIER KHALSA 4 FEB 2012 | PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA


Pada 4 FEB 2012 bertempat di Stadium Muhammad IV, pasukan bola sepak Kelantan akan melayan kunjungan sebuah kelab dari Singapura Balestier Khalsa. Perlawanan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya terutamanya oleh pasukan Kelantan sebagai persiapan menghadapi perlawanan piala AFC yang akan bermula MAC depan. Hanya kemenangan yang akan menaikkan kembali semangat dan moral pasukan Kelantan selepas tersungkur di kaki Harimau Malaya 5-0 di Bukit Jalil pada perlawanan persahabatan 2 FEB lalu. 

James Peter Butler dijangka akan menurunkan pasukan terkuatnya di segenap posisi kecuali penjaga gol Khairul Fahmi akan digantikan dengan sama ada syazwan atau shahrizan berikutan tugas beliau mewakili pasukan Malaysia dalam kelayakan Olimpik menentang Bahrain Ahad ini. Sebelum perlawanan bermula dijangka akan diadakan majlis memperkenalkan jersi rasmi The Red Warriors edisi AFC CUP dan berkemungkinan dua import baru Kelantan iaitu Obina Nwaneiri dan Samad Okocha akan diturunkan.

Harga tiket bagi perlawanan tersebut RM 30 untuk astaka utama, RM 20 untuk astaka batu, RM 12 terbuka dan RM 5 bagi kanak-kanak. Mungkin dilihat agak mahal bagi satu perlawanan persahabatan, harap apa yang dibayar setimpal dengan mutu permainan yang akan disaksikan nanti. LIVE STREAMING KELANTAN VS BALESTIER KHALSA 4 FEB 2012 insyaallah akan diupdate sebelum perlawanan bermula...

LIVE STREAMING KELANTAN VS BALESTIER KHALSA 4 FEB 2012
LINK1
-gegar tv-



No comments: