Tuesday, November 6, 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012 | TARIKH KEPUTUSAN UPSR 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012 | TARIKH KEPUTUSAN UPSR 2012, hari ini maka terjawablah persoalan bila akan diumumkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk tahun 2012. Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui kenyataan akbarnya menyatakan keputusan tersebut akan diumumkan pada 19 NOV 2012 jam 0900 pagi di bilik mesyuarat pejabat mereka di Putrajaya dan calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi.
 
Kebiasaan yang paling merasai debaran bukan pelajar tetapi ibu bapa, aku doakan keputusan yang akan diumumkan kelak memberi khabar gembira untuk para pelajar dan ibu bapa yang benar-benar ingin melihat kejayaan anak-anak mereka dalam pelajaran. UPSR ni ada orang kata tak penting dan Kerajaan pernah berura-ura ingin mengkaji balik tentang kerelevenan peperiksaan ini kerana tidak mahu sistem pendidikan kita terlalu berorientasikan peperiksaan...
 
Macam-macam perubahan nak dibuat tapi aku harap perubahan tersebut harus dibuat kajian yang teliti dan terperinci...kaji buruk dan baiknyer..kesan jangka panjangnye macam mana..takut nanti jadi macam PPSMI sekerat jalan..pendidikan bukan boleh dibuat main dan pelajar bukanlah tikus putih untuk dijadikan bahan ujian. 19 NOV 2012 nanti aku update CARA SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2012 | SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR ONLINE 2012 untuk memudahkan para sahabat semua yer...

No comments: