Salam to all, aku ada terbaca daripada malaysiakini tentang filem yang top lagi hot sekarang ni Hantu Bonceng kerana Skripnya ada unsur menghina islam. Secara umumnya pandangan aku tentang isu ini, no komen !!, aku tak berani nak komen sebab aku pun belum tengok cerita ni. Tapi kalau ikutkan pihak yang mendakwa adanya skrip sedemikian seperti kat bawah ni.....
“Terdapat dialog dalam satu babak yang berbunyi "asyhadu anna Muhammadar syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan). "Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa, justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan," - Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS
Filem dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan. Selain Zizan yang sinonim dengan rancangan Raja Lawak, ia turut membariskan aktres terkenal Juliana Evans dan Jue Aziz

Kalau benar apa yang didakwa bagi aku amat malanglah industri filem kita kerana dah semakin kurang nilai sensitivitinya khususnya kepada agama islam, kalau nak berbicara berkaitan sensitiviti adat dan budaya mungkin aku boleh katakan dah kurang sangat dah sekarang, alasan mudah " ikut kehendak skrip"...Kesimpulannya aku harap pihak yang mendakwa berikan bukti yang tepat seperti pada minit keberapa kesilapan itu dilakukan dan jika terbukti seperti yang didakwa bagi aku amatlah berat kesilapan ini dan pihak yang berkaitan perlulah bertanggungjawab dalam hal ini sepenuhnya. .