Saturday, February 26, 2011

Dr Asri-Tawakkal Adalah Keanjaiban Hidup



harrazdanimind:
1) Dalam hidup ini ada beberapa perkara yang kita terpaksa lalui dan terlalu berat untuk kita dan orang - orang yang kita sayangi menghadapinya.....tidak terkecuali diri saya sendiri.

2) Tahun 2008 merupakan tahun yang paling menuntut saya membuat satu keputusan yang besar dalam hidup saya dan family. keputusan yang bakal menentukan adakah ia merupakan titik permulaan yang baik atau tidak dalam hidup saya dan keluarga.....tapi alhamdulillah dengan sokongan dan pengorbanan yang besar daripada insan tersayang (my wife) diiringi doa kedua ibu bapa dan keluarga lain segalanya nampak baik...alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...........mungkin ini adalah secebis ujian dalam hidup saya, panjang lagi perjalanan ini INSYAALAH...

3) Kehidupan ini ..bagi saya berjalan dan berputar dari satu peringkat ke satu peringkat..sehinggalah kita bertemu dengan ALLAH SWT.....hari ini kita senang, esok siapa tahu kita akan susah...dan begitulah juga sebaliknya...dan adakalanya kesusahan kesedihan itu lebih mendekatkan kita kepadaNYA...manakala kesenangan dan kegmbiraan itu lebih melalaikan...ia kadang2 berlaku pada diri saya insan yang penuh kekurangan ini..

3) Apa yang nak saya kongsikan disini ialah...apabila kita telah berusaha dan telah membuat keputusan..maka BERTAWAKKALLAH..kita berserah padanya seluruh urusan hidup ini setelah habis daya usaha yang telah kita lakukan....

4) "  Ya haiyyum Ya qaiyyum.., dengan rahmatmu aku memohon pertolongan , baikilah untukku urusanku keseluruhan. jangan Engkau serahkan aku kepada diriku walau sekelip mata"..

5) Semoga VC ini memberi banyak pengertian kepada kita semua...nukilan ini ditaip semasa mendengar VC ini...dah lebih sepuluh kali dengar....sangat mengesankan.Allhuakbar.

Harrazdani@ rmy : 12:15 am 26 FEB 2011.

2 comments:

sri said...

sgt suka entri ni..rasa terkesan untuk saya yg masih mentah dalam sebuah perjalanan yang menuntut kesabaran..syukran ats perkongsiannya:) teruskan menulis!!

harrazdani said...

tqvm sri...harap ia akan lebih mendekatkan kita pada yang maha Esa...