Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”.
Terkedu sekejap....sudahlah kebaikan tidak seberapa nak cover pulak hutang yang masih tetunggak.
Sekarang PTPTN ada memperkenalkan sistem baru ujrah dan saya baru sahaja mendaftar untuk sistem ini..banyak pro dan kontra yang saya baca daripada internet berkenaan sistem ini tapi mungkin ini sahaja yang terbaik setakat ini. saya pautkan artikel sdr zaharuddin di bawah sebagai panduan. kalau dah baca dan ingin mendaftar...sila ke laman web rasmi PTPTN...
"Ada yang bertanya saya berkenaan pengumuman rasmi PTPTN yang mengkhabarkan pertukaran konsep pinjaman sebelum ini yang berasaskan caj perkhidmatan (peratusan tertentu disandarkan kepada jumlah pinjaman dan baki setiap bulan) kepada konsep ujrah.
Konsep ini telah diluluskan oleh Jawatnkuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008.
Atas dasar itu, saya boleh mengucapkan tahniah kepada PTPTN atas perubahan terbaru yang dilakukan. Walaupun konsep baru tersebut masih boleh dibincangkan, namun ia adalah lebih baik berbanding konsep caj perkhidmatan sebelum ini yang tidak disahkan oleh mana-mana majlis Syariah, selain kejelasan unsur riba dalam kiraannya.
Apa yang paling menonjol dalam kiraan terbaru adalah perbezaaan peratusan yang dikenakan kepada pelajar, dahulu dikenakan 3 % dari jenis kiraan ‘reducing balance’ atau 3 % dari hutang berbaki yang jelas adalah RIBA, ia juga sama dengan cara kiraan riba oleh bank-bank konvensional.
Dengan konsep ujrah sekarang, caj telah diturunkan kepada 1 % dan ia pula bersifat flat dan tidak lagi dikira berdasakan baki bulanan pinjaman. (Nota Jiji: SALAH TU USTAZ,PTPTN KIRA BERDASARKAN BAKI BULAN PINJAMAN PADA 1/06/2008)Secara umumnya, ia jauh lebih murah berbanding cara kiraan sebelum ini. Menurut statisik perbandingan dari petikan akhbar berikut (buka halaman 15 ), penurunan adalah sebanyak 47 – 48 %.
UJRAH
Untuk pengetahuan pembaca, ‘Ujrah’ adalah perkataan di dalam bahasa arab yang membawa erti “upah”. Ia mempunyai kaitan dengan istilah ‘Ijarah’ iaitu sewa, kerana ijarah juga ada satu jenis dari upah, iaitu upah atas manfaat yang diberikan. Contohnya, sewaan rumah, beerti upah atas manfaat rumah yang disewakan. Ujrah juga boleh diletakkan di atas sesuatu tugas dan kerja, lalu ia dinamakan ‘gaji’ bagi para pekerja tetap di institusi awam dan swasta. Ia juga boleh tergolong dalam nama ‘komisyen’ jika diletakkan kepada sebuah kontrak wakil (agency) seperti seorang broker tanah yang mengutip upah atau komisyen atas usahanya menjuakan tanah pemilik. Semua konsep ujarh dalam setiap kontranya mempunyai tatacara dan syaratnya agar ia dianggap sah dan halal di sisi syara’.
Justeru, apakah perbezaaan di antara ‘upah’ yang halal dan ‘caj perkhidmatan’ yang haram?
Secara dasarnya, ia boleh jadi sama dan boleh berbeza bergantung kepada cara dan formula kira-kiranya. Melihat kepada formula kiraan antara keduanya, Alhamdulillah terdapat perbezaan tetapi ada yang masih sama.
YANG BERBEZA
Bagi konsep ujrah yang terbaru, formula kiraannya adalah :
Upah = Jumlah pembiayaan diluluskan x kadar upah x tempoh bayaran balik
Note dari jiji: PTPTN TAK GUNA FORMULA NI, DIA GUNA BAKI BERMULA DARI 1/06/2008 DIMANA 3% YANG DIKENAKAN PADA PEMINJAM DISERAP SEBAGAI DUIT PINJAMAN. SEBAB TU KENA BUAT PERJANJIAN BARU DENGAN NILAI PINJAMAN YANG BARU.
Contoh, jika sekiranya pelajar meminjam sebanyak RM21,000, maka kadar upah adalah satu peratus setahun, UNTUK TEMPOH BAYARAN SEMULA 10 TAHUN, maka jumlah upah adalah:-
Upah = RM21,000 x 1% x 10 (tahun)
= RM 2,100
Maka jumlah keseluruhan yang akan ditanggung atau perlu dibayar balik oleh pelajar dalam tempoh 10 tahun adalah : RM21,000 + RM 2,100 = RM23,100
Jumlah ini jauh lebih kecil berbanding cara kiraan caj perkhidmatan yang akan menghasilkan jumlah RM25,116 iaitu dengan nilai RM 4,116 jumlah caj perkhidmatan ribanya.
APA YANG SAMA DAN SEPATUTNYA BERBEZA JUGA
Walaupun tahniah diucapkan, pintu kritikan ilmiah, pembaikpulihan dan cadangan tidak tertutup semestinya, malah ia patut sentiasa digalakkan bagi mengembangkan kefahaman ilmu muamalat Islam.
Justeru, sekalipun cara kiraan ini kelihatan murah dan baik, serta TELAH disahkan oleh Jawatankuasa Fatwa Malaysia, cara kiraan ini tetap tidak berjaya menembusi piawaian hukum yang diputuskan oleh para ulama antarabangsa. Ini adalah kerana cara kiraannya masih terdapat yang sama dengan cara kiraan riba sebelum ini. Iaitu pada sandaran caj upah. Dahulu ia disandarkan kepada jumlah pinjaman, dalam konsep ujrah terbaru juga disandarkan kepada jumlah pinjaman.
Sekadar ingatan kembali, di dalam hukum Islam, pemberi pinjaman sama ada individu, institusi kewangan swasta atau kerajaan, TIDAK BOLEH mengenakan sebarang caj kewangan kepada peminjam khususnya dari jenis peratusan yang disandarkan kepada jumlah pemberian pinjaman. Berubah dengan berubahnya jumlah pemberian pinjam.
Namun cara kiraan yang diguna pakai oleh PTPTN ‘ujrah’ yang baru masih disandarkan kepada jumlah atau nilai pinjaman yang diberikan. Selain atas dasar kefahaman nas, para ulama antarabangsa melarangnya untuk mengelakkan caj upah ini menjadi helah kepada riba (helah ribawiyah) yang asalnya caj tambah kepada pinjaman kerana tempoh (time value of money). Kerana dari sudut konsep dan jurus pandangan ekonomi, kedua-dua jenis caj riba dan upah itu adalah sama. Jalan keluar yang paling kukuh adalah TIDAK MENJADIKAN jumlah pinjaman sebagai sandaran untuk mengira upah.
Menurut keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa ( Note dari Jiji: Aku na menambah..“Menurut keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan HUKUM DARI SUDUT ISLAM “) dan lain-lain majlis Shariah yang berautoriti tanpa kepentingan tertentu di mana-mana syarikat dan institusi kewangan di seluruh dunia, caj yang dibenarkan dikenakan kepada peminjam hanyalah kos sebenar yang lahir dari urusan pemberian pinjaman sahaja.Ia tiada kaitan dengan nilai pemberian pinjam.
Cara kiraan caj atau kos sebenar itu menurut ijtihad ulama antarabangsa adalah berdasarkan formula berikut[1]:-
Ujrah = Actual Administrative Expenses During The Year x 100
Average Asset During The Year
Untuk mendapatkan average asset during the period berikut formulanya :
Average asset = A1 + A2
2
Nota Keterangan
A 1 : Total asset at beginning of the period
A 2 : Total Asset at the end of the period
Cara inilah yang juga diiktiraf di Pakistan dan ulamanya, serta diamalkan bagi sebahagian jenis pinjaman di sana. Cara kiraan ini tidak meletakkan sebarang ikatan kepada jumlah pinjaman yang diberi. Ia lebih menepati ijtihad majoriti ulama sedunia.
KESIMPULAN
Apapun, yang pasti para pelajar Islam kini boleh menarik nafas lega kerana harga yang lebih murah dan kedua, ia TELAH disahkan oleh sekumpulan ulama Malaysia. Justeru, tiada lagi sebarang tanggungan spiritual yang harus mereka galas apabila mengambil pinjaman PTPTN. Saya peribadi, saya mengucapkan tahniah atas usaha dan kesungguhan untuk melakukan perubahan. Dan bagi Jawatankuasa fatwa yang meluluskan, kita harapkan ijtihad mereka diterima di sisi Allah, jika tidak dua pahala, satu pahala masih milik mereka inshaAllah"
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
No comments:
Post a Comment