harrazdani@ mind :
1) Dalam hidup kita,adanya pelbagai sisi hidup dan kita akan merindui satu era atau zaman yang amat istimewa daripadanya, jka kita lihat di sekeliling kita... kadang-kadang kita mengandaikan seorang kanak-kanak tidak mengerti apa-apa tentang kehidupan.tanpa kita sedari mereka sebenarnya sedang meneroka dunia yang berlainan dari sudut pandangan mereka yang sangat istimewa. pendapat dan luahan mereka sebenarnya pendapat dan luahan paling ikhlas di dunia ini....mereka tidak perlu fikir untuk menjaga hati sesiapa dan peluang kepentingan disebalik persoalan dan pertanyaan yang ditimbulkan.
2) Persoalan mereka kadang-kadang boleh membuatkan sesiapa sahaja tercuit hati dan membuatkan orang di sekelilingnya tersenyum.
3) Jika gambar di atas dijadikan sebagai ukurannya, tanpa kita sedari si kecil lebih luas pandangannya...mendongak ke atas melihat dunia yang lebih luas dan dari sudut yang amat berbeza...itulah dunia kanak-kanak. yang kita semua telah tinggalkan dan tidak akan kembali lagi buat selamanya.
4) Di sini saya ingin berkongsi satu persoalan yang ditimbulkan oleh anak Prof Jeffrey Lang (beliau memeluk islam selepas menjadi seorang Athies) kini professor jurusan matematik University of Kansas dan memiliki tiga anak. Ia menulis tiga buku yang banyak dibaca oleh Muslim AS: Struggling to Surrender (Beltsville, 1994); Even Angels Ask (Beltsville, 1997); dan Losing My Religion: A Call for Help (Beltsville, 2004). Ia memberi kuliah di banyak kampus dan menjadi pembicara di banyak konferensi Islam.
Ia memiliki tiga anak, dan bukan sebuah kejutan anaknya memiliki rasa keingintahuan yang sama. Jeffrey kini harus menghadapi pertanyaan-pertanyaan yang sama yang dulu ia lontarkan kepada ayahnya. Suatu hari ia ditanya oleh anak perempuannya yang berusia lapan tahun, Jameelah, selesai mereka solat Ashar berjamaah. “Ayah, mengapa kita solat?”
“Pertanyaannya mengejutkan saya. Tak sangka berasal dari anak usia lapan tahun. Saya tahu memang jawapan yang paling jelas, bahawa Muslim diwajibkan solat. Tapi, saya tak ingin membuang kesempatan untuk berbagi pengalaman dan keuntungan dari solat. Bagaimana pun, selesai menyusun jawaban di kepala, saya memulai dengan, ‘Kita solat kerana Tuhan ingin kita melakukannya’,”
“Tapi kenapa, ayah, apa akibat dari solat?” Jameela kembali bertanya. “Sulit menjelaskan kepada anak kecil, sayang. Suatu hari, jika kamu melakukan solat lima waktu tiap hari, saya yakin kami akan mengerti, namun ayah akan coba yang terbaik untuk menjawan pertanyaan kamu.”
‘Dengar sini, buah hati kesayanganku. Tuhan itu sumber kesemua perasaan kasih sayang, cinta, pemurah dan hikmah terhadap segala keindahan — yang kita alami dan rasai. Seperti matahari sumber cahaya yang kita lihat pada siang hari, Tuhan ada sumber kepada semua ini dan banyak lagi. Justeru, kasih sayang yang ayah rasakan untukmu, adik-adikmu, dan ibumu kesemuanya datang dari Allah. Kita tahu Allah itu Pengasih dan Penyayang melalui segala pemberianNya kepada kita di dalam hidup ini. Tetapi hanya di dalam solat, kita dapat merasakan kasih sayang, pemurahnya Allah, dan nikmat pemberianNya itu di dalam cara yang teramat istimewa, di dalam cara yang amat kukoh.
Misalnya, anakku tahu yang ibumu dan ayahmu ini mengasihimu dengan cara kami berdua mengambil berat terhadapmu. tetapi hanya apabila kami memeluk dan menciummu, anakku akan dapat merasakan betapa sayangnya kami terhadapmu. Begitulah tamsilnya, kita tahu Allah menyayangi kita semua dan pemurahnya Dia kerana menjagai kita. Namun hanya pada waktu kita solat, kita dapat merasakan cintaNya itu terlalu benar dan istimewa.’
‘Apakah solat itu menjadikan ayah seorang ayah yang lebih baik?’ Dia bertanyaku.
‘Ayah harap begitu dan ayah harap dapat berfikir begitu, kerana apabila seseorang itu telah "disentuhi" dengan kasih sayang Tuhan di dalam solat, ia terlalu indah dan kukoh, sehinggakan seseorang itu merasakan ingin memperkongsikannya kepada mereka yang ada diskelilingnya, terutama kepada ahli keluarganya. Kadang-kala, selepas penat bekerja seharian, ayah merasa keletihan dan ayah ingin bersendirian. Tetapi jika ayah dapat merasai kasih sayang Allah di dalam solat, ayah akan segera teringat dan melihat ahli-ahli keluarga ayah dan mengingatkan betapa besarnya pemberian Allah menghadiahkan dirimu kepada ayah, dan kesemua cinta dan kasih sayang yang ayah perolehi kerana menjadi ayahmu dan suami kepada ibumu. Ayah tak kata ayah ini seorang yang sempurna, namun ayah percaya ayah tak mungkin menjadi ayah yang baik tanpa solat. Bolehkah diterima hujjah-hujjah ayah itu?’
‘Saya faham apa yang ayah maksudkan,’ jawab Jameelah.
Kemudian dia memeluk saya dan berkata, ‘Dan saya sayang sangat kat ayah!’
‘Ayah pun sayang padamu.’
No comments:
Post a Comment