Thursday, March 29, 2012

ASAPANAS BISTRO | RESTORAN STEAMBOAT TERHANGAT DI SELAYANG


ASAPANAS BISTRO | RESTORAN STEAMBOAT TER' HANGAT ' DI SELAYANG. Salam sahabat, mungkin kita sudah biasa dengan makanan-makanan yang bercorak sebegini. Namun apa yang istimewanya ASAPANAS BISTRO  ini yang boleh mengamit ramai pengunjung dari orang biasa sehinggalah golongan artis untuk merasai keenakan steamboat yang disediakan di premis perniagaan ini. Jadi hari ini aku nak membawa para pembaca menikmati apa yang istimewanya ASAPANAS BISTRO ni...jom...


Seperti banner di atas ASAPANAS BISTRO  sangat mudah dikunjungi. 'landmark' hanya kita perlu tahu Stadium Selayang.. belakang ESSO bandar baru Selayang ..senang jer kan...tempat parking pun senang tak perlu berpeluh cari parking, tapi bila time perlawanan bola sepak mungkin keadaannya agak sesak sedikit. 

Apabila kita ingin mencari tempat untuk menikmati selera sudah semestinya selain daripada keenakan dan kesedapan dari segi rasa dan selera kita sudah semestinya akan menitik beratkan tentang faktor kebersihan bukan ???? jadi ASAPANAS BISTRO merupakan kedai yang mendapat pengiktirafan kelas ' A ' dari Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS)...tak caya tengok gambar di bawah..;)


Jadi tak perlu risau akan mutu kebersihan ASAPANAS BISTRO. insyaallah semuanya terjamin bersih dan menyihatkan..;). Bila dah tahu semua ni apa tunggu lagi jom kita masuk ke dalam ASAPANAS BISTRO mesti ada yang tak sabar bukan..jom ;)


ASAPANAS BISTRO ni berkonsepkan ala-ala 'english style' sikit. Deco atau hiasan dalamannya diilhamkan sendiri oleh pemiliknya.  kombinasi warna hitam dan putih sedikit sebanyak menaikkan 'feel' eksklusif dan kontemporari ASAPANAS BISTRO yang memang menerujakan  kepada sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki ke premis ini. Selain faktor kebersihan dan deco plak boleh tahan cantiknya... rasa masakan dan mutunya mesti debooommmm laaa kan.;)






Susunan hidangan yang tersusun dan sentiasa fresh akan membuatkan sesiapa sahaja yang datang ke ASAPANAS BISTRO  berpuas hati dengan mutu dan kualiti bahan-bahan masak yang disediakan. Yang lebih menarik dan berbeza dari kedai-kedai steamboat lain ialah sos yang digunakan adalah resepi istimewa dari pemiliknya sendiri..memang tip top...;). 

Kesimpulannya apa yang boleh aku bagitau memang berbaloi-baloi jika sekali sekala kita membawa family atau kawan-kawan untuk menikmati steamboat di ASAPANAS BISTRO ini selain rasanya yang enak suasana sekeliling juga santai dan amat mendamaikan....cuba sekali pasti mau lagi.. selamat menjamu selera. 

p/s : Kumpulan Rabbani pun adowwww...;) nak tahu lebih lanjut dan berhubung terus dengan pemiliknya boleh klik ASAPANAS BISTRO FACEBOOK.


8 comments:

aikkkk ang ada syer kerr ngan kedai nih?? hehehe.. teringat aku time duduk selayang dolu2.. hehehhe

jauhnyer sampai selayang...tak kesampaian rasanya :(

kalau kt kl nie..jaja dh g skg hehe

memang best,hr tu time pegi ramai gile byk org dah booked tp tauke dia still try provide tmpat tuk we all mkn supaya x terasa hampa coz pnt2 dah dtg.

MAKANAN OK...TAPI X TAHAN PANAS
BERPELOH2 MAKAN MLM TADI..
TEMPAT X SELESA.. AIR COND X CUKUP,
PATUT ADE KIPAS BESAR...SELESALAH SIKIT...X ADE FEEL MAKAN....
KEPANASAN

cuba korunk bukak blog ney saya baru makan disini,amat berbeza dri asapanas,http://seafood-terminal.blogspot.com/

http://seafood-terminal.blogspot.com/

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More