Thursday, March 29, 2012

JADUAL SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PIALA FA 21 APRIL 2012 (P1) DAN 01 MAY 2012 (P2)


JADUAL SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PIALA FA  21 APRIL 2012 (P1) DAN 01 MAY 2012 (P2). Jadual perlawanan separuh akhir FA CUP 2012 seperti di atas. Kemungkinan tayangan secara live dari syarikat-syarikat penyiaran tersebut masih belum muktamad. info ni aku dapat dari FB TRW. Siaran langsung ni bagi aku ada pro dan kontranya...Pro kepada para peminat yang jauh untuk menonton perlawanan membabitkan pasukan yang mereka sokong manakala kontra kepada pihak pengurusan stadium / persatuan yang sudah semestinya akan terasa impak siaran langsung tersebut ke atas hasil pungutan tiket. 

Pihak penyiar sudah semestinya akan membayar pihak  persatuan atau pihak yang membenarkan hak penyiaran tersebut tetapi mungkin tidak setimpal jika dibandingkan pendapatan yang mereka perolehi daripada hasil pungutan tiket. Oleh itu, walaupun terdapat siaran langsung aku harap kepada para peminat bola sepak Malaysia yang berhampiran turunlah beramai-ramai ke stadium untuk memeriahkan lagi suasana bola sepak negara. Namun dikala kita mengharapkan para peminat berfikiran positif untuk memajukan mutu dan kualiti bola sepak negara jangan pula ada pihak yang langsung tidak boleh ditegur dan dipersoal.

No comments: