Tuesday, October 25, 2011

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2010 | BILA KEPERCAYAAN DIBERI KEPADA MEREKA YANG BERNAFSU KUDA.


Assalamualaikum dan  salam Sejahtera.
Kalau sahabat semua perasan hari ini banyak berita tentang laporan ketua audit negara 2010 yang banyak membongkar tentang penyelewengan dan mungkin boleh dikatakan rasuah yang berlaku dalam urusan pembelian menggunakan dana kerajaan  a.k.a duit rakyat a.k.a duit pembayar cukai.
Dari  sepasang 'binokular marin' dan mesin jahit MARA yang dibeli dengan harga berlipat kali ganda sehinggalah kepada 23 ekor  kuda. Daripada 23 ekor kuda yang dibeli hanya lima ekor sahaja yang layak untuk dipertandingkan di pertandingan ekuestrian dan sukan lasak peringkat antarabangsa. Dana yang diperuntukkan kepada MSN untuk proses pembelian 23 ekor kuda itu bernilai RM5.66 juta.
Jadi kesimpulannya bagi aku mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua ini adalah mereka yang bernafsu kuda. Duit rakyat buat macam duit mak bapak dia...
wassalam....
lagi berita tentang kuda aku petik dari malaysiakini...
Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale. Lima kuda lain - bagaimanapun didapati layak untuk bertanding di peringkat antarabanga.
Pemilihan itu dibuat oleh jawatankuasa direktorat World Endurance Championship, yang diketuai oleh ketua pengarah Institut Sukan Negara (ISN), termasuk doktor veterinar, pegawai teknik dan pengurus projek. Harga 23 kuda itu berjumlah RM5.66 juta dan dibuat melalui rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Kuda-kuda itu dibeli daripada:
  • Equine Centre Sdn Bhd (enam ekor) dengan bernilai RM1.98 juta
  • El Ranco Country Club (13) dengan harga RM2.48 juta
  • Royal Terengganu Endurance Stable (dua) pada harga RM0.58 juta
  • Toft Endurance Pty Ltd (dua) dengan nilai RM0.62 juta
Lapan belas kuda yang ‘ditolak’ itu berharga RM3.94 million dan telah diagihkan kepada beberapa agensi kerajaan:

6 comments:

Syuxer said...

kuda mahal supo bedil..hahah..

berat main rasuah2 neh

Khairil said...

memang tidak amanah betul le orang yang diberi amanah ini...

ArulchelseA said...

yg beli pun kuda jugak..kih kih kih

Coolman said...

nape le x ternak kuda jea!! beranak pinak lagi lagi jimat..

Fitri Senin said...

And still they claim that G has no money???

khairul said...

mmg terlalu bayak salah urus dlm kerajaan ini..what say u Najib ???