Friday, July 1, 2011

dimana Ben ashaari pada jam 3 pagi tadi.


Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ni lagi kisah follower harrazdani...maaflaa kalau ada yang berfikir Harrazdani ni gila follower a.k.a poyo ker..tetapi percayalah apa yang nak saya kongsi disini adalah bagi saya lebih dari itu sebenarnya, pagi tadi saya telah menerima kunjungan blogger hebat iaitu bro Ben Ashaari, walaupun mungkin beliau hanya singgah seketika tetapi apa yang bestnya dia 'follow' harrazdani..hhuhuh.

Secara jujurnya saya dah ikut blog Ben Ashaari ni dah lama, sejak awal pembabitan saya dalam dunia blog bermula Febuari yang lalu dan saya akan pasti berkunjung ke blognya setiap kali beliau menulis entry terbaru....dan semestinya saya akan meninggalkan komen di setiap entry tersebut....selain daripada itu saya juga beberapa kali joint segmen yang dibuat oleh beliau....dan vote beliau, untuk digi blogger of the year tempoh hari. Tetapi apa yang menyedihkan hati, beliau mungkin tidak menyedari akan kehadiran blog ini mungkin kerana terlalu ramai yang komen di entry beliau...join segmen jangan cakap laaa...jadi dari situ saya berazam beliau satu hari nanti mesti akan datang ke harrazdani dan sudi menyambut salam yang dihulurkan  sejak februari yang lalu.

Alkisahnya pada pagi tadi jam lebih kurang pukul 0300 pagi kebetulan mata pun tak boleh nak lelap, saya komen seperti biasa dientry terbaru beliau dan saya bertanya beliau bila mahu singgah ke harradani?...soalan maut yang saya tidak pernah tanya beliau selama ini.. tengok -tengok selang beberapa minit dah ada seperti ganbar di atas....cepatnya dia respond terima kasih bro...itu dinamakan strategi...kerana saya fikir pada masa itulah beliau mungkin tidak sibuk dengan follower-follower beliau yang lain.

Moral yang saya nak kongsikan disini sebenarnya ialah, dalam apa jua bidang  yang kita ceburi kita perlukan "booster" atau pendesak  kepada diri sendiri dalam mengejar sesuatu perkara atau matlamat yang hendak di capai...apabila kita sudah punyai matlamat kita jadikan matlamat itu sebagai  cabaran kepada diri kita untuk lebih berusaha untuk mendapatkannya. dan sudah semestinya matlamat dan cabaran yang kita tetapkan itu perlu disandarkan dengan strategi yang baik disamping tidak mengenal sikap putus asa dan sentiasa tabah dalam menghadapi setiap dugaan dan rintangan yang pasti akan datang menyapa. Apa yang penting kita mesti berusaha dan terus berusaha...jangan jadi statik..kerana statik itu lambat laun akan merosakkan dan menjijikkan...contohnya air yang bertakung walaupun pada mulanya bersih dan elok dipandang...jika ianya lama tidak digerakkan atau dialirkan ia akan keruh dan menjadi tempat pembiakan sumber penyakit yang amat berbahaya...oleh itu "jangan jadi statik"...;)


p/s terima kasih bro...;)

35 comments:

Azzah said...

Tahniah..tahniah...

fardhilah said...

usaha tangga kejayaan~

*Bestnye En. Ben dah follow. kira betuah jgla kan.. ye la dlm bnyk² comment dlm entry tu nmpk jg dia blog awak. Kira dia prihatin jg la baca setiap comment blogger.

Unknown said...

tahniah bro...berbaloi rasanya dikunjungi oleh bro ben...cayalah!!!

liyana said...

thniah..huhu

Ilaasuhailaa said...

tahniah Harrazdani! teruskan berblog! n_n

Lieyda Sabri said...

wah bestnye dia.jeles la

Unknown said...

teruskan berblogging yer..btw, memang btol..usaha tangga kejayaan...

kotak bulat said...

hehehe..tahniah HD.. makin meningkatlah blog ni lepas ni..hehehhe.. :)

Unknown said...

wow..bangga tu,abang Ben kan otai..tahniah2..dah tahniah..bui tumpang bangga mendengarnya..

wan_cikgumuzik said...

kah kah kah,, tahniah.,,!! ko try baca kisah ben follow blog aku plak.. hahhaha...

arituarini said...

tahniah jugak dari aku bro..walaupn aku bukan pmint ben tu..

ben10 aku minat la..kih kih kih..

Mista said...

Wahhh.. Tahniah.. ABang Ben pun follow saya ari tuh.. Terharu gile.. :D

http://mizzkyoko.blogspot.com/2011/06/ben-ashaari-follow-belog-dolly-weeeeeee.html

syuxer said...

tahniah bro..aku pun menantikan bro ben singgah kat blog ku yang tak hensem tuh..:)..

semoga kehadiran bro ben tuh akan menaikkan semangat bro untuk terus berkarya..

normala_ali said...

tahniah2... :)

Aunty P :) said...

wah,wah tahniah . cool giler

Encik Suami said...

Ben Ashari bukan seorang yg sombong. Dia sentiasa support blogger2 baru.
Usaha mcm tue lah yg bagus kan?

jemput terjah new entry (>.<) Kursus, APC & Pertandingan Koir (>.<)

suha said...

hehe tahniah (^_^)

dia pon pernah follow blog cik suha

http://suhasimplelife.blogspot.com/2011/06/sesi-interview-bersama-wartawan-blogger.html

terharu kot lala

Jiejah Gorjes said...

tahniahhhhh...anda berjaya tekel en. ben ngeeee

scya lollita said...

perghh hebat2 . hot stuff ni haha

dya mohamad said...

untungla blogger femes follow(:

Azie Rashid said...

ingat agi..waktu tu blog azie follower tak sampai 100..abg ben follow dan promo header..dia salu bantu blogger baru :D

APAN said...

haha...papepun tahniah la kat ko ye bro...

erm...harap dia setia menjadi follower ko...

cikgu said...

sukanya dia..:):)

Wanie said...

tahniah..
sy lak jenis tak join pape segmen abg Ben..hehe..tak tau la nape..:)

Unknown said...

perghh bro ben follow blog eh...syok la..:)

caliph shuriken said...

bro ben mmg support blogger baru.. tingat plak wktu sy mula2 wt blog dulu ^^

Abu Bagi said...

untungla en dani, blogger pemes tu..blog macam abu ni..'uh never say never' la nampaknya..hahahaha

Anonymous said...

wah....excitednya...tahniah2...

Alif Haris said...

ffuuhh .. blogger otai follow blog tuu :D ..
congrates ! keep it up :)

Unknown said...

tahniah bro..jam 3 pagi..huhuhu kalu bro dah di buai mimpi indah..hebat otai2 blogger nih.....:)
hapy blogging lepas nie,

Anonymous said...

wah bro hebakkkk

Terbelog said...

kire blog ni dah epruf la ni
otai dah folow :)

Kik0 ♥ QiLaH said...

meletopsssss la pasni :P

kokser kokdam said...

terbaek la bro!!

Addin said...

lalala tahniah ! kan best if abg ben follow addin sekali ;p

*perasan .