Thursday, June 30, 2011

mati, mati dan mati


Assalamualaikum dan salam sejahtera, cuba kita lihat gambar di atas...bukan nak menunjuk-nunjuk jumlah follower yang tak seberapa tetapi apa yang nak saya tunjukkan adalah nombor yang  bagi saya sangat cantik tetapi amat digeruni oleh sesetengah orang khususnya kaum cina iaitu 4 dan ianya lebih digeruni jika diulang beberapa kali menjadikan 444 ...bagi pendapat kaum cina, nombor empat dianggap suwei kerana faktor sebutan nombor itu sendiri yang bermakan 'mati"...ini bermakna kalau 444 ialah 'mati, mati dan mati" sehingga apa-apa nombor yang ada nombor 4 tidak disukai mereka,  kadang-kadang tingkat 4 pun jadi tingkat 3A.. itu hanya pendapat mereka biarkanlah kerana orang cina memang banyak pantang larangnya, kita perlu menghormatinya.

Tetapi yang lebih menghairankan dan pelik ianya semakin ditakuti oleh orang melayu khusunya orang islam...apa kejadahnya!!!! (pinjma tag line wan kamarudin edisi siasat)..kadang-kadang kita orang melayu mudah terikut-ikut dengan budaya dan adat orang lain, sehingga membelakangkan fahaman dan adat sendiri...ada yang taksub sehingga tidak mahu kepada nombor 4 lebih daipada orang cina, kalau nombor kereta 888 mereka rasa bangga kerana ianya dikaitkan dengan 'ong' oleh orang cina. nombor telefon pun begitu juga....tak mahu nombor 4 suwei katanya (pengalaman semasa bekerja di celcom dahulu)...

Kesimpulannya bagi saya apa nombor pun adalah biasa dan tiada kaitannya dengan nasib seseorang itu, kerana nasib kita, allah yang tentukan bergantung kepada usaha kita sendiri...janganlah kita pun terikut-ikut dengan adat dan kepercayaan orang lain kerana percaya kepada sesuatu selainNYA dalam menentukan nasib seseorang boleh membawa kepada dosa besar....nauzubillah....

p/s terima kasih kepada follower yang ke  444  miss wani  kerana sudi jadi follower harrazdani..sesiapa yang nak berkenalan dengan tuan blog ni silalah terjah beliau yer.

29 comments:

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

xleh percaya bnda tu..

tahniah ea! dah 444..

:: Mrs.Eady :: said...

peerghh..tahniah ramai nyer follower :)

Liyana Zahim said...

Congrats.. Haa.. Kne wat entry apreciation ni... Hikhik..

fa said...

mcm2 perangai manusia ni.. sikit mudah terpengaruh.. kalau yg baik xpe juga.. ni x..
sabar je la an.. hee.. :)

waN Mohd Salim said...

tahniah .. banyok followers

::FAIZ FARISH:: said...

wah ramai dah folower ko kan

Miecyber said...

Nombor nampak cantik tetapi makna pulak tak cantik...


Hilang Lagi Warisan Melayu

Bui Idzra Ryn said...

tahniah dari bui..no 13 pun ada orang anggap no tak bagus kan..pelik2 jer

ArulchelseA said...

yg melayu percaya tu semua tu kaki menurun nombor tu kih kih kih

Syuxer said...

kito ore islam x leh cayo benda2 ngarot neh..wat tmbah dosa jah..

kalau demo nak nombor,ambek no 3 mugo tu no kegemaran kawe hahahah

Syuxer said...

eh lupa nak ucap tahniah ko demo..:)..

Khairil said...

tahniah bro.... pasal nombor tu sebenarnya tak ada apa-apa pun...tapi ramai orang melayu yg percaya dgn nombor2 tambah2 kaki nombor K.T.M...

kokser kokdam said...

woaa.. 444 dh..?

mabruk2..

nk kejar demo neh..

=D

kotak bulat said...

heheh...444 tetp no cantik.. ad jugak kwn2 yg terikut2 pasl no.suwei ni..eh, tahniah tau HD..hehehe... kejap je da 444.

cucu umie said...

kalo orng melayu nie 4 tu sinonim dengan 4d..huhu

Cik Azizah said...

tahniah...lepas ni 500 pulak ye!

Titisan Hujan said...

tahniah incik harrazdani ^^,

apa la yg ada pada num kn..

alif haris said...

haha betul tu ... sbb tu byk blok yg gune tingkat 3A bukan tigkat 4 ..

sbb cina kata tu suwei ..hehe

fardhilah said...

tahniah follower sdh ada 3 angka.
mcm sy ni kena tgu lappy sihat baru dpt blogwalking sambil follow. skg ni blogwalking lenggang kangkung jer..

kiz said...

apa ada pada nombor? memang tak patut ler kita yang Islam ni terikut ikut budaya ni.

Jiejah Gorjes said...

saya pun kureng ske ngan no mati ni maksud nye tade kaitan ngan kematian tp lebih kepada simbolik..btw tahniah follower dah 444 heee

Kapten Atok said...

tempat yang aku duduk ni ler guna tingkat 3A

dulu aku tak tau kenapa. skang tau dah

caliph shuriken said...

wktu zaman study aritu dok satu kondo tu mmg xde tingkat 4.. yg ada tingkat 3A, huh...

Wanie said...

kepercayaan org cina kan..
rumah sy pun jadi 3A..huhu
patutnye 34..hehe

tahniah ye dah bertambah follower ^^

ika said...

tu mnegarut je tu!! xde mnde la...huhu~ spe pcaya die pun mngarut kan?

Terbelog said...

rasa2 pasal no tu xde ape
cuma kalo berlaku berkaitan
hanya kebetulan :)

soooooour said...

setuju!kdg2 org islam lebih terpengaruh dgn gaya hidup kafir2 yg pelik...padahal islam dah cukup mudah da...haisssssh...

ABU said...

ya tekan lif cari no 4 tak de..sbb dah tuka 3A suwei betul la..hahaha

tahniah orng ke 444 tu..

suha said...

cik suha sdg tggu 444 (^_^)

suke wat entry psl no cntik neh..111,222,333 dh setel..tggu 444 lak..pliz promot my blog


(keji gile permintaan) hahaha sila jgn layankan ye