Wednesday, July 20, 2011

fakta | minum lapan gelas sehari tak baik untuk kesihatan????



Assalamualaikum dan salam sejahtera, Apabila seorang doktor dari Glasgow, Britain, Dr Margerat McCartney mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa amalan meminum lapan gelas sehari baik untuk kesihatan, ramai yang timbul rasa tidak puas hati dikalangan para mengamal perubatan dan orang ramai. Fakta lebih minum air Dr Margerat McCartney adalah seperti berikut :-
  1. Tiada bukti kukuh yang menunjukkan dengan minum sebanyak lapan gelas sehari dapat mencegah dehidrasi
  2. Bahan kimia yang digunakan untuk menyah jangkitan kuman dalam air yang dibotolkan adalah tidak baik untuk kesihatan,
  3. Minum terlalu banyak juga akan menggangu tidur di waktu malam kerana kerap terjaga untuk ke tandas,
  4. Minum air terlalu banyak akan mengakibatkan kerosakan ginjal,
  5. Minum air terlalu banyak juga akan mengakibatkan kurang kadar garam dalam tubuh dan akan mengakibatkan bengkak otak.
Mereka yang mengamalkan diet harian yang mewajibkan minum lapan gelas sehari mungkin tidak boleh terima dengan pandangan ini, manakala pakar-pakar pemakanan pun mengemukakan fakta-fakta perubatan mereka...biasalah perkara yang dah jadi seperti tradisi dan amalan jika diberitahu tidak baik ...akan melentinglah mereka-mereka yang terbabit....Tetapi aku rasa kalau kita lihat kepada fakta tersebut ada rasionalnya...isunya disini bukan soal lapan gelas air tersebut...tetapi kebarangkalian simptom atau bahaya yang akan timbul jika kita terlebih air dalam badan kita.....jumlah air yang perlu diambil  perlu kita suaikan bergantung kepada keadaan persekitaran, gaya hidup dan aktiviti yang dilakukan....tetapi jangan kita membelakangi faktor kesesuaian semata-mata kerana terlalu obses dengan faham lapan gelas sehari....

22 comments:

.diannorhayati. said...

yes betol betol. mcm tu jugak dgn sunah kunyah makanan 44 kali. sunah Rasulullah tu. tgk pada gaya hidup,and persekitaran kite la. kt Arab makanan nye roti and keras. knelah kunyah 44x.senang tuk dihadamkan. kt malaysia nasi,xkn nk kunyah 44x jgk. kn? :) same goes to this story jugak la..

kotak bulat said...

ikut situasi la... kalau kerja berat rasanya perlu lebih banyak air dalam badan..kb minum saja bila haus..hehehe

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

owh..yui minum pon time dahaga je..

xamalkan minum 8 gelas ke apa..

teruk kan??

Terbelog said...

iskh..
ade keburukan rupenyer

Freaky said...

aku minum x sampai 5 gelas pun sehari.. huhu gile betol

kiz said...

ikut keperluan.. kalau kita kerja teruk mesti air perlu lebih..

TYNTHA LANA said...

aha..tu yg suka abgdani neh,ececece,hehehe. suka ayat2 terakhir tu.. urmm, bagi lana, fakta minum air 8 gelas sehari tu, secara puratanya betul.. tapi, dengan syarat, tengok juga amalan hidup seharian kita macamana.. kalau keja makan tido,makan tido je.. minum banyak tu plak, memang berombak begelombang r perut,muahahaha

ArulchelseA said...

tkkira lak brapa gelas aku minum..tp klau ikut mkn dah 3 kali seari..mungkin lepas tu tmbah 5 glas..ermm cukup la kot..kih kih

rara pinkmafia said...

saya sokong yg num 3 tu bro.memang menggagu tidur btollah.haih~

tu sbb skrg ni minum ikut keperluan badan je.

Wanie said...

minum air banyak boleh mencegah banyak penyakit :)

setuju, minum air bergantung kpd persekitaran kite..jgn la pakse diri minum sampai 8 gelas sehari..
kang jadi toksik la..huhu

el-janna said...

saye x setuju dengan stetmen diatas..^^

memang orang xramai amalkan minum 8 gelas sehari..
fungsi air pun untuk mengekalkan kelembapam kulit dari dalam.. adakah pernah tengok org lembabkan kulit dengan renjis air pada kulit? haha kelaka^^

fungsi air dalam badan kita untuk keluarkan toxic hasil perkumuhan ginjal yang ditapis dan akan dikeluarkn melalui air kencing..

tiada bukti mengesahkan minum air dapat mencegah degidrasi. tapi adakah masa kita haus xkan xminum air pulak. lagi2 bila melibatkan perpeluhan yang terlalu banyak. xminum air ke?

bahan kimia dalam air.?. sebaiknya pergilah dapatkan strip Ph untuk menyatakan bahawa air yang diminum ada bahan kimia. huhu

minum terlalu bnyak? sebaiknya rancanglah pengambilan air dalam kehidupan seharian. jika suka sukat pakai gelas. 3 gelas siang, 3 gelas petang dan 2 gelas malam. sebelum tido kencing dulu^^ tapi cukup ke??

minum air terlalu banyak boleh jadik kerosakkan ginjal? rasenye perlu diperetulkan.. setiap kali kita minum ginjal akan berkerja untuk mengeluarkan toxic dalam badan yang tidak diperlukan.. mmg setiap kali kita minum kita rase nak kencing. sebab tu kita xboleh tangguh kencing untuk elakkan kerosakkan ginjal.

minum air terlalu banyak boleh sebabkan kurang garam dlm tubuh.?. adakah dalam sehari kita minum je xmakan? air berfungsi untuk mengimbangkan cecair dan elektrolite dalam badan kita.

macam jugak orang saket masuk wad kerana didiagnoskan dehidrasi.kena masukkan IVDrip. walaupun x minum pesakit mengambl cecair melalui intravena untuk mengekalkan cecair dan elektrolite akibat dehirasi..


untuk minum air 8 gelas sehari ni adalah pada orang yang sihat. bukan pada orang yang tidak sesuai amalkan minum air 8 gelas ni. seperti mengalami cerebral edema., dan kerosakkan ginjal yang kronik^^

yang sihat tu kena la minum..^^

dan haruslah kita tahu fakta minum 8 gelas sehari tu adalah fakta lama. yang terbaru adalah 2-3 liter sehari..

dan pernah dengar ibu lepas bersalin xboleh minum air banyak2.?ibu yang bersalin je merasakan peritnya..

apa yang saye belajar saye kongsikan^^

cucu umie said...

apa yg ayie fhamlah kan..seseorng itu memang digalakkan untuk minum air 8gelas sehari..ayie lupa dekt mane ayie bace but memang ad faedahnyer pon minum 8kali sehari..

Syuxer said...

mesti ada agenda dari doktor margerat mccartney neh..mesti dia anti diet kot hahahahah..dia mengamuk rumahnya xde air la tu hahahahah

Syuxer said...

aku dahaga minum air terus..aku tak dahaga, aku tak minum heheh..jadi x pasti 8 gelas ke satu jag aku minum hahahah

harrazdani said...

el-janna : terbaik...mungkin pandangan janna ini akan di baca oleh Dr Margerat McCartney...

seperti apa yang saya bagitau...kita minum air mengikut kesesuaian...persekitaran, fizikal dan tahap kesihatan..tak perlu kita pening memikirkan fakta-fakta tersebut..motif saya bawakannya adalah untuk memberitahu adanya kajian dan pendapat yang menyangkal kebiasaan...perbezaan itu jika dikaji untuk mencari titik persefahaman dalam perbezaan
akan lebih bermakna daripada kita mempertahankan perbezaan itu...kerana ilmu itu sangat luas....celuplah tangan kita dilaut...dan apabila kita angkatnya..kita akan melihat...betapa ilmu itu sangat luas dan yang ada pada manusia hanyalah setitik...kita sebagai insan perlu kaji dan terus menkaji....

Fathiah Hamim said...

hehe fa minumm... err makan ice tuh minum la jugak kan? =D

Liyana Zahim said...

Sy tdk boleh mnum air bnyk2.. Nk diet ke ape ke.. Sbb t msti p toilet selang 2 mnit.. Siriyes!

caliph shuriken said...

sy minum bila rsa haus jaa.. tambah2 musim skrg ni agak panas area utara...

Bui Junaidi said...

bui selalu baca minum air 8 gelas sehari tu mmg bgs..bukan air manis yer,air kosong..mayb air yg dmaksudkan oleh doktor tu adalah bukan air kosong kot..kalau air lain selain air kosong mmglah akan memudaratkan kesihatan..*_*

Khairil said...

kena selalu minum air banyak2..kalau tak cukup badan boleh shutdown tiba-tiba sebab organ malfunction...mcm kereta le..kalau air kering rod piston pun boleh bengkok...

wan_cikgumuzik said...

apa yang perlu aku katakan, entri nih terbaeekk.. dan satu lagi...

entri dari el-janna jugak sangat baeeekkkk.. errr.. entri kerr tuhh,, kih kih kih.. jaat tol aku nih..

perkongsian yg sangat menarik.. dah laa dapat ilmu dari entri... dapat lagi plak dari komen kawan2.. tahniah..!!

Terbelog said...

eh..entri ko slh pulok
komen tu yg betol..
mcm2..aku baca je ye.....