Wednesday, July 20, 2011

Tinta hikmah#3 | kisah cinta kepada Allah


Assalamualaikum dan salah sejahtera...hari ini kita teruskan lagi perkongsiaan kita tentang kata-kata hikmah yang saya kumpul hasil daripada ihsan hati-hati yang sudi mencari dan berkongsi ilmu...banyak juga sahabat yang sudi berkongsi..tetapi lebih ramai yang tak ingin sebenarnya..tetapi itulah adat dunia sekarang...yang baik dan bermanfaat agak sukar dan jerih jika minta untuk dikongsi...tetapi jika berita tentang keburukan umat...kehinaan saudara, kelucahan taulan, gosip bergosip a.k.a fitnah amat terkinja-kinja kita menekan keyboard untuk dikongsikan ...kerana apa ??? kerana itu adalah sumber trafik.....panjang pulak mukaddimahnyer...risau gak takut ada yang sentap nanti...sebenarnya ia ditujukan kat diri aku sendiri yang amat kekurangan ini..tapi kalau sesiapa yang boleh terima ambillah ia sebagai satu pengajaran yer. Kata-kata hikmah ini adalah hasil perkongsian sahabat kita cik syida blog yang sunggh ceria dengan warna pink..sila terjah yer...apa kata-kata hikmah yang dikongsi beliau jom tengok kat bawah ni....

"apabila kita mencintai allah, hakikatnya kita memiliki segala-galanya, inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh ruang, jarak, harta mahupun kematian"

Indah bukan..kata-kata yang dikongsikan oleh  achik shida ni...mengheret kita semua  kepada satu perasaan cinta yang suci abadi...oleh itu sebuah nukilan Drmaza yang aku rasa sedikit sebanyak menceritakan tentang maksud kata-kata di atas. sebelum baca nukilan ini...aku berharap sangat buang jauh-jauh fahaman politik, kesampingkan sekejap semangat kepartian dan sebagainya, dan aku yakin kebanyakan pembaca dan kawan-kawan aku adalah dari kalangan yang terbuka mindanya kerana bukan calang-calang latar ilmu semuanya....ambil isi yang ingin di sampaikan oleh penulis...itu sahaja yang aku harapkan...aku ingin kongsikan nukilan drmaza di bawah ini kerana bagi aku ianya amat bertepatan dengan apa yang kita bincangkan sekarang ini...tak perlulah kita ambil kisah-kisah yang jauh daripada lingkaran hidup kita...aku harap kita semua dapat menghayati dan mengambil ikhtibar dari nukilan  ini jom layan...(ada sedikit pengubahsuaian untuk menyesuaikan dengan semua pembaca)


Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini. Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang. Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya. Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut ‘insyaAllah’.

Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM. Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo’ Lo’ Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.

Saya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi s.a.w nasihati kita:
“Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: ‘aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.

Peringatan Jawatan Mufti
Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo’ Lo’. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo’ Lo’ sejak sebelum saya menjadi Mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya. Kali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum. Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo’ Lo’ menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut. Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu. Antara yang beliau sebut
“..saya juga seorang manusia yang dhaif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya. Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam. Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat”.
Itulah antara kandungan email beliau. Lahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu. Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau. Apabila saya menjadi Mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin UMNO.

Selepas Mufti
Apabila berhenti dari jawatan Mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke UK. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester. Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya. Apabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo’ Lo’ yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak. Sempat saya bercakap dengan beliau. Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya:
“Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada”.
Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar.

Ziarah Hospital
Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz. Dr Lo’ Lo’ meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil. Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau:
“ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”.
Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah. Kata-kata yang tidak lahir di saat- demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah. Kemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS. Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau.

Ustaz Sampul
Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat. Antara yang beliau kata;
“Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.
Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau ‘pendakwah’. Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan. Kata-kata Dr Lo’ Lo’ itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan. Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.

p/s : terima kasih kerana sudi membaca...semoga kita lebih mencintai allah dalam hidup ini...

16 comments:

Syuxer said...

perjuangan seorang pendakwah di malaysia belum selesai..mereka tersekat akibat pemimpim2 kita tak sebulu dengan mereka..fatwa2 dan cadangan2 mereka ditapis mengikut kesesuaian para pemimpim,kalaulah camni camner mufti itu dapat menjalankan tugas dengan baik..

memang benar kata dr.lo'lo..ustaz2 zaman sekarang lebih pentingkan sampul duit yang diterima selepas ceramah..xde guna pompampompam tapi tidak terlibat dalam tindakan mencegah maksiat anak2 muda..

ye perjuangan para pendakwah belum selesai lagi..

H.J said...

sampul duit bukan untk pendakwah

BERT said...

alfatihah buat beliau.. sedih beliau dah pergi.. salah satu pejuang yang sangat saya kagumi..

Che Nor said...

alfatihah utk arwah..
good things are to be shared !
God bless~

Wanie said...

al-fatihah utk arwah..

yatie Awang said...

benarlah kata2 manusia mati tinggalkan nama dan kebaikkannya, keikhlasannya sentiasa diingati

Al- fatihah buat Dr. LO'LO

ArulchelseA said...

al-fatihah kepda dr lo'lo..

perjuangan hrus diteruskan..

alif haris said...

sokong kata syuxer .. huhu

harap patah tumbuh hilang berganti pemimpin seperti Allahyarhamah..

al fatihah buat beiau ..

cunndaa said...

Takziah kepada Allahyarhamah Dr lo'lo..
beliau sangat baik dan prihatin.. beliau pernah menjaga dan menolong sepupu cunndaa hingga ke akhir hayat beliau..
cunndaa sedih mendengar kematian beliau..
semoga ALLAH menempatkan arwah dalam kalangan orang2 yang beriman.

Niena Pengembara Ilahi said...

smoga ada pemimpin spt dia lgi... Al Fatihah

iKhRam said...

entry ni byk membuat saya berfikir,

Khairil said...

al-fatihah utk arwah ,semoga Allah menucucuri rahmat ke atas rohnya...amin...

kotak bulat said...

al-fatihah utk arwah

Bigdaddyz said...

semuanya telah tersurat maka tiada apa yg perlu kita ragukan...redha seadanya.

caliph shuriken said...

al-fatihah utk arwah...

Bui Junaidi said...

alfatihah jugak pada arwah..