Monday, June 20, 2011

kamera DSLR boleh sebabkan penyakit kegilaan ?



Nak tunjuk muka tapi lepas baca entry cik kotak bulat terus tak jadi takut takde orang nak singgah sini lagi...Sekarang  kalau kita pergi ke mana-mana tempat rekreasi kita akan lihat kamera DSLR menjadi pilihan utama para pengunjung, bermakna dunia sekarang orang lebih mementingkan kualiti gambar berbanding dahulu, yang hanya asal ada gambar pun sudah ok. namun apa yang saya lihat sekarang kamera DSLR ini semakin menjadi kegilaan ramai khususnya para remaja dan lokasinya pun kita boleh lihat ke mana sahaja ada je mereka yang menggendong kamera ini ke pasar malam, pasar tani, pasar wakaf che yeh, pasar ramadhan dan pelbagai-bagai lagi pasar.

Kalau dahulu jika seseorang yang membawa kamera sedemikian ke Pasar tahulah kita bahawa beliau adalah seorang cameraman a.k.a photographer profesional ataupun wartawan yang sedang menjalankan tugasnya mencari berita dan gambar-gambar yang menarik untuk tatapan umum...tetapi sekarang ape kejadahnya...huhuhuu...ayat wan kamaruddin edisi siasat.

Saya terfikir sejenak, adakah hari ini kamera DSLR telah menjadi trend budak-budak muda dewasa kini dan adakah ia merupakan satu keperluan atau kehendak. Sekarang seolah-olah jika berjalan kalau terbelit DSLR dileher nampak lebih up to date dan macho...cam aksesori plak...kalau ia merupakan keperluan kerana yang mana mereka inginkan kualiti yang lebih terhadap hasil sesuatu gambar, tetapi kalau tanye..." adik shoot pakai type aper yer?"  ' saya pakai auto jer" ...kalau itu jawapannya baik tak payah pakai DSLR...itu membuktikan beliau menggunakan DSLR hanya kerana mengikut trend dan kehendak semata-mata.

Kawan saya yang dahulunya seorang photographer sepenuh masa  memberitahu incomenya sekarang dah tak macam dahulu lagi...ramai sangat jurugambar dah sekarang ni...kesian...income tak seperti dahulu kerana persaingan atau beliau masih di takuk lama...tapi tak sampai hati nak cakap macam tu.huhu

Walauapapun, tak kisahlah jika ia satu trend atau keperluan, yang penting apa yang dapat dilihat masyarakat sekarang ini lebih mengutamakan kualiti tetapi jika menggunakan sesuatu yang berkualiti tetapi hasilnya adalah biasa-biasa sahaja lebih baik wang yang diperuntukkan untuk membeli DSLR itu digunakan bagi tujuan yang lebih berfaedah terutamanya kepada yang masih belajar. Tapi mungkin ada orang cakap..ikut suka akulah duit aku..hahaha ini hanya pendapat sahaja ok...no touching.

p/s maaf jika tajuk gempak sangat..huhu

22 comments:

kotak bulat said...

hahaha... nak tengok gak muka HD ni.. :P
kalau jalan-jalan..selalu nampak ramai ada camera DSLR ni. Budak sekolah rendah pun ada.. Erkk..

Jahidih Saili said...

mungkin jg disebabkan dah ramai yg mampu beli..kan.

Syuxer said...

fenomena neh tercetus mungkin dari citer adamaya arituh kot..memang kool la bawak kamera DSLR gantung kat bahu..abang kawer ada so kamera pesen gini..:)..sero nak beli so tapi pitih xdo..

bungaitucantik said...

yup..DSLR bole buat kiter GILA!! arrggghh...yana da gilakan DSLR neh!

Roza Ami Nanomiya said...

majoriti ikut trend lah

ecadwinkyasha said...

sudah jadi satu trend semasa.hikhikhik :)

Jiejah Gorjes said...

ekceli cite2 saya nk jd fotografer tapi...........tak mampu kan kos nye agak tinggi memandangkan time tu sy ada krisis tabung wawawa...budak2 skang petik jari jer dpt kan im jeles huhuhu...

solomolo said...

tak minat DSLR sebab besau sgt...

Liyana Zahim said...

DSLR da jd cam hp.. Everywer we go we bring it.. Tp lau ade DSLR taap gaban mahal tgkp gambo cam kai kemre zmn dulu2 tak gune. Syg je beli mhl2..

ArulchelseA said...

aku g mana bawak kamera hp je bro..33 sekupang..cantik tk cntik..janji ambik gmbar..pada hal tk de kamera pun..buat x je lebih..kih kih

::FAIZ FARISH:: said...

saya pakai kamera henpon je..... senang.. tak berat nak gantung2 kat heler. masuk poket.....senang

Syazwani Amira said...

da jd trend dah skg ni,, maybe 6pak bergaya kot ble bwk DSLR neyh..
kte gne camera fon je,, xde camera2 pun haha

Titisan Hujan said...

mata yg melihat lagi terakam keindahan.

tp best tu ade DSLR.....

adik tu bru blaja ambik gmbr tuu..^^,

Khairil said...

sekarang ni DSLR dah jadi macam trend..sedangkan yang guna tak tahu sangat pasal fotografi...tapi takpa...tunggu depa jemu nanti..masa tu boleh le dapat DSLR murah-murah...
p/s: tangkap gambar guna kamera hanset saja...teringin juga nak berDSLR..

Khairil said...

sekarang ni DSLR dah jadi macam trend..sedangkan yang guna tak tahu sangat pasal fotografi...tapi takpa...tunggu depa jemu nanti..masa tu boleh le dapat DSLR murah-murah...
p/s: tangkap gambar guna kamera hanset saja...teringin juga nak berDSLR..

Khairil said...

sekarang ni DSLR dah jadi macam trend..sedangkan yang guna tak tahu sangat pasal fotografi...tapi takpa...tunggu depa jemu nanti..masa tu boleh le dapat DSLR murah-murah...
p/s: tangkap gambar guna kamera hanset saja...teringin juga nak berDSLR..

MARIA LIZA said...

ya betul DSLR ni aura dia lain macam..saya minat tapi belum berkesempatan nak beli lagi...sebab nak belajar selok-belok pasal teknik yang bagus, shoot yg baik & menghasilkan gambar yg menarik dan cantik...bila org tengok je, terus orang kata "CANTIK GAMBAR KAU AMBIK NI"...

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

ingin juga memliki untk keperluan peribadi tp lom ada rezeki..

tp siyes,sgt2 ramai ank muda guna..dah mcm rantai lak!!

p/s: thnx utk info mngenai CS..sy yg kerje hmpir 2 thun ni pon dah mcm2 kerenah..nsib SABAR..

caliph shuriken said...

bru2 ni gi kenduri tgk skumpulan dak skolah rendah dok usung kamera DSLR, huh...

latest en3: pemberian anda amat dihargai

perondajaketbiru74 said...

gua pun cemburu tengok budak2 sekarang ni kecik2 dah usung DSLR tapi gua ni nak beli pun fikir banyak kali. Apa pun sekarang gua dah dapat dan start nak amk gmbr guna manual so ini ler hasil die wordless wednesday...

AZHAR said...

Pendapat aku lain pulak...tak kisahlah sapapun nak beli. Yang aku rimas sangat ni mereka telah mengganggu pendapatan aku. Aku seorang jurufoto sepenuh masa. budak2 ni ambil kesempatan mengaut pendapatan sebagai jurufoto perkahwinan dengan harga yang paling murah. hasil tak seberapa tapi mengapa para pengantin sanggup mengambil mereka.
aku dan ramai lagi jurufoto amat terasa dengan trend budak-budak sekarang.

harrazdani said...

setuju dengan azhar....