Saturday, September 10, 2011

siapa 'snap' gambar bersejarah ini.... !!!!! gambar kemerdekaan.



Salam to all my friend. Kadang-kadang bila kita lihat satu gambar hanya yang terfikir di benak minda kita ialah tentang kecantikan dan kehebatan sesuatu gambar tersebut. Tetapi jarang kita mencari dan terfikir siapa gerangan yang mengambil  gambar tersebut. Setiap kali menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan, gambar di atas ini pasti dilihat di kaca tv atau akhbar. Namun pernahkan kita bertanya, siapakah jurufoto yang merakamkan gambar ini?. Sebenarnya, gambar ini adalah milik Jabatan Penerangan Malaysia dan jurufoto yang bertanggungjawab merakamkan detik bersejarah ini ialah Mendiang (W.H) Weng Hong atau disebut juga Wong Heng.


sekadar hiasan..ni aku laaa...haha

Beliau pada waktu itu memegang jawatan sebagai Ketua Jurufoto, Jabatan Penerangan Malaysia. Detik bersejarah itu dirakam menggunakan kamera jenis Linhof Technika 4x5. Kamera jenis ini mempunyai shutter speed yang lambat. Sekali gambar diambil, jurufoto terpaksa menukar filem 4x5 menggunakan "black changing bag". Zaman digital kini semuanya jadi mudah di mana tidak timbul lagi "exposed film". Kalau ada yang bertanya 4x5 tu apa? 4x5 tu ialah saiz filem tersebut 4x5 inci, pasal tu gambarnya masih berkualiti walaupun sudah berusia 54 tahun.

20 comments:

ArulchelseA said...

baru aku tau ni..tq

H.J said...

huh..peminat foto ni

Anak Wak Mail said...

gambar ni memang jadi nostalgia kan!

SoLy SoLicious said...

oo.. *angguk..baru tahu

ChaCha said...

satu gambar yang diguna pakai hingga akhirnya.

Ungu Violet said...

heh hengatkn orang yg dlm gambor tuh yg tukang amik...haha

PORUMAN said...

owh .. bru tau pula .. nice info

Bro ahmad said...

lupa jasa yang ambil gambar tu..sebab tak ambil tau..tapi gambar menceritakan

RedVixen said...

kalau dia takde memang x dapat la generasi kita nengok gambar ni....

Khairil said...

fakta yang bersejarah...

iejjah said...

bru tau :P..info yg bgs :}

Ujie said...

agak2nya berapa byk jurufoto tu dpt royalti ekk..?

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

oh baru choki taw :)

♥Aien Najwa♥ said...

zaman dulu memang xsecanggih zaman sekarang..tp photo gambar dulu akan dikenang sampai akhir nyer berbanding photo sekarang..dulu amat bermakne walaupun snap pixc sgt low speed nyer..

Kak Yatie said...

kadang2 barang lama berkualitikan? termasuk gambar ni, gambar yg cukup bermakna buat rakyat MALAYSIA

kiz said...

hebat...itulah nilainya kualiti

kotak bulat said...

trlupa pasal siapa yg amik gmbr ni... skrang da tau.. :)

simanis said...

famous gambar tu kan? ramai org guna untuk semua acara...
baru tahu siapa jurufoto nya...

khairul said...

oo baru tau

admin said...

sya bru je sni lah i tak tau man yng chatbox awk. Sya menulis je sni kan. jomlah pun GFollow sya.