Sunday, September 11, 2011

Harga terkini kad top up naik 6% | part 2 (pelanggan ramai, untung pun banyak..jadi sila bayar 6%)

Salam to all my friend. Kali ni aku nak tulis lagi berkaitan kenaikan caj 1% ke atas kad top up dan sim pack baru perkhidmatan prabayar. Kenaikan kadar cukai perkhidmatan ini menjadikan jumlah cukai perkhidmatan telah meningkat kepada 6 %. Itu isu yang telah kita sedia maklum, tetapi apa yang nak aku bawakan di sini ialah harga yang ditawarkan oleh syarikat telco di Malaysia dengan seperti di bawah ini. Mengapa sebelum ini tak kena  bayar RM 10.50 sekiranya cukai telah dikenakan 5% sebelum ini.

Sejak 1988, syarikat telco secara sukarela membayar cukai perkhidmatan tersebut, namun mereka enggan berbuat demikian bermula 15 SEPT 2011 ini. Tindakan ini dilakukan kerana pihak telco enggan lagi menanggung kos pembayaran cukai perkhidmatan berikutan kos yang semakin meningkat sehingga RM 576.8 juta tahun lalu. Situasi ini disebabkan peningkatan bilangan pengguna sehingga 27.6 juta pengguna setakat ini.

Ironinya memanglah bunyinya hanya naik 1% peratus, iaitu kenaikan 5% kepada 6%, tetapi pelanggan akan menanggung kenaikan umpama 6% daripada hanya membayar RM 10.00 kepada RM 10.60 selepas kenaikan tersebut. Ini  kerana pihak syarikat telco tidak mahu lagi membayar 5% bagi pihak pelanggan mereka. kerana apa ? kerana pelanggan dah terlalu ramai..hahahahah.

Bagi aku yang tak berapa cekap ekonomi ni, kalau jumlah pelanggan meningkat kentungan pun mestilah makin meningkat dan sudah semestinya kos bagi menampung cukai perkhidmatan bagi pihak pelanggan mereka tidak timbul masaalah. Jadi hari ini macam terbalik pula, adakah mereka merasakan satu kerugian  untuk meneruskan pembiayaan tersebut kerana mungkin bagi mereka kenakan cukai tinggi pun pelanggan tetap akan bayar kerana produk tersebut pada hari ini sudah menjadi seperti satu keperluan dan bukan kehendak lagi seperti awal 1988 dahulu. Jadi ini juga jawapan aku pada bro biskut. memanglah naik 1% tetapi pelanggan terpaksa membayar lebih 6% hasil kenaikan tersebut.



Berita hari ini menyatakan bahawa pelbagai pihak menggesa langkah itu di kaji semula dan kerajaan mendakwa keputusan tersebut diambil hanya dari sebelah pihak sahaja ( ???) . Daripada pihak telco aku belum dengar lagi apa-apa komen dari mereka. Aku harap ada perkembangan positif dan berakhir dengan situasi menang-menang.

10 comments:

Unknown said...

harap tak jadi naik harga topup tu..beban

harrazdani said...

BA : betul tu...beban kepada pengguna..

Anonymous said...

nilah jadinya kalo tamak...

Unknown said...

kalau pihak telco tetap bayar cukai 6% tu pun depa still kaut untung...tak payah le pindah beban tu kpd user...

Terbelog said...

saja je tu
nanti Najib batalkan
so semua sokong BN hehe

SoLy SoLicious said...

hari ni nk beli topup, tp topup xde..huhu...takan pniaga nk srok stok kot~

Tinta Lana said...

Abgdani, brutal gila bahasa biskut itu?hehehe

Sebenarnya, nampak sgt lana da terlalu asyik bekerja shingga tak tahu menahu soal harga topup naik, sehinggalah kawan sekerja gtau baru2 ni. teruk betoi T___T hehehe

Itulah masalahnya.. naik harga tu da jadi perkara biasa. Semua sediamaklum, kita sndiri leh perasan, takda dah zaman skrg ni brg2,produk yg hrga makin turun..semua makin naik.. cuma.. kenaikan mendadak mcmni..boleh bt org 'sakit jantung' hik3

~~ Selamat hari raya gak buat abgdani..aah, memg dah lama menghilang..rasanya kali ini paling lama..huhuhu..sibuk bekerja..pada masa sama, sibuk nak uruskan sambung study.. :)

Tinta Lana said...

erhh..abgdani..leh bagi balik tak link pasal komen biskut tu? yg abg bgi kat shoutbox tu, tak boleh pun..

hehe :) ok.. doakan ya lana habis blaja..satu sem je ni lagi :)

Tinta Lana said...

Abgdani, boleh je bukak..lana cari entry tu, hehehe. Hurmm, ter emo plak biskut tu ya..

Cam kelakar pun ada,hahaahah. Tetiba macam marah bebeno lak dia..Biarlah spesies macamtu abg.. entah, tak boleh la tgk member2 blog yg lana kenal kena macam ni..ada saja anon nak merapu rapan.. haritu abgmad dgn anon nya.. abaikn saja mereka. :)

arituarini said...

tu la pasal bro..ramai pelangan rugi..mana ekonomi dia blaja tu.. sama cam minyak kita jual minyk tp bila minyk dunia naik..kita rugi.. kih kih kih.. lawak la..