Monday, September 12, 2011

MAS tawar Favourite Spot bagi penumpang Kelas Ekonomi | kedudukan mana paling selamat semasa penerbangan




Penumpang Malaysia Airlines (MAS) yang menaiki penerbangan Kelas Ekonomi untuk laluan antarabangsa kini boleh memilih tempat duduk kegemaran ”Favourite Spot” apabila membuat tempahan secara dalam talian dengan melayari www.malaysiaairlines.com.

Naib Presiden Eksekutif Bahagian Strategi Komersial MAS, Datuk Dr Amin Khan berkata, dengan pilihan Favourite Spot, penumpang boleh memilih daripada kategori dua tempat duduk, tempat duduk Premium yang meliputi beberapa barisan pertama dan tempat duduk di pintu keluar kecemasan dan tempat duduk Standard yang merangkumi kerusi lain dalam kabin Kelas Ekonomi.

Beliau berkata, pengenalan untuk menempah tempat duduk pilihan itu berikutan sambutan yang menggalakkan tentang perkhidmatan berkenaan yang ditawarkan di laluan domestik sejak ia diperkenalkan pada Disember 2010.
Beliau berkata, Favourite Spot diperkenalkan di sektor antarabangsa sejak pertengahan Julai lepas, membolehkan penumpang Kelas Ekonomi kebebasan memilih tempat duduk terbaik yang sesuai dengan keperluan dan pilihan utama mereka pada kadar bayaran yang nominal.

"Satu daripada setiap tiga tempahan menerusi laman web korporat kami mendaftar untuk tempat duduk pilihan, iaitu 35 peratus daripada tempahan harian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

p/s : Dengan adanya 'fav spot' kita bebas memilih tempat duduk yang sesuai dengan citarasa kita. Untuk penerbangan domestik dah lama apply benda ni. Aku lebih suka pilih seat dekat dengan beam (sambungan sayap), menurut adik aku seorang engineer , dia cakap bahagian tu paling keras dan selamat, betul ke tidak aku tak tahu, kalau ngan anak lebih suka ambil depan sebab senang nak keluar.huhuh.  Tapi menurut satu kajian yang dibuat oleh University of Greenwich, kedudukan tempat yang terkebelakang paling kurang risikonya, tengok gambar kat bawah ni. Kalau ikut kajian ni, peratusan untuk  lebih tinggi jika kita dibelakang (bagi aku bergantung kepada corak crash gak ni..), Apa pun ajal maut ditangan tuhan tetapi kita diberi akal fikiran untuk berfikir...yang mana lebih baik dan terbaik untuk diri kita.

5 comments:

ArulchelseA said...

tp klau terhempas dari atas..keras ke tak..biasanya kong semua.. kih kih..

aku tk penah lg pilih seat..mana dpt je duduk.. kih kih.. tp xsuka kat tingkap..ih kih kih kih

simanis said...

mcm tu pulak yer??? saya fikir bila di udara semua bahagian adelah berisiko tggi...xde tempat yg selamat...sebab tu bila di udara saya akan sentiasa membaca surah yassin...

kronik eh??? hehehehe

mankete said...

cun bro.. betul dah tu... caya la.. pasni wat camni ja... label tu kita pikir mcm mn penumpang google nak cari maklumat.

harrazdani said...

arul : ikut keadaan..huhuhuh

simanis : baca yassin siap..bagus2

mankete : thanks sifu...

amranaiman said...

lama x naik kpl terbang .. :P