Monday, June 20, 2011

graduan IPTA tempatan hampas?



Seminggu yang lepas saya ada terbaca di akhbar arus perdana tentang pandangan Prof Dr Zaini Ujang, Naib Canselor UTM  tentang kualiti dan standart pelajar IPTA tempatan, saya membaca pandangan beliau itu sedikit sebanyak agak terkesan jugalah sebab tergolong dalam kategori yang dimaksudkan itu..huhuu..tetapi jika difikirkan mungkin ada benarnya pandangan beliau itu..tetapi mungkin boleh gunakan istilah yang lebih mesra alam sedikit berbanding perkataan "hampas". berikut saya petik pandangan daripada Presiden GAMIS berkaitan hal tersebut di malaysiakini.com

Kalau kita terus menghantar semua pelajar cemerlang ke luar negara, yang tinggal di universiti dalam negara hanya pelajar 'hampas', jadi macam mana universiti kita hendak mencapai tahap yang lebih baik” Prof Dr Zaini Ujang, Naib Canselor UTM. Begitulah bunyinya kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang Naib Canselor yang pernah mengkritik keras usaha menaikkan ranking university yang dilakukan oleh Universiti Malaya sebelum daripada ini. Kenyataan ini dikeluarkan dalam Utusan Malaysia. Saya melihat kenyataan dikeluarkan sangat prejudis kepada mahasiswa dalam negara.

Ukuran cemerlang digunakan oleh beliau tidak mempunyai indikator yang nyata kerana jika mahu dinilai pencapaian akademik, mahasiswa dalam negara juga punyai status yang begitu cemerlang. Perkara yang menjadi pertimbangan kita ialah, universiti luar negara berada pada ranking yang baik bukan kerana pelajar cemerlang Malaysia yang belajar di sana, tetapi sistem dan 'governance' yang dilaksanakan disetiap universiti.
Persoalannya, adakah kemudahan dan infrastruktur universiti kita sama dengan universiti maju di luar negara? Bagaimana pula dengan keupayaan pensyarah mereka yang boleh menghasilkan tesis isi jurnal yang menjadi alat penilai utama dalam menetukan rangking sesebuah universiti?

Tidak lupa juga kita perlu bercakap sejauh mana mahasiswa dalam negara bebas bersosial dalam aktiviti politik, ekonomi dan budaya sedang mereka masih dibelenggu dengan AUKU. Apa yang nyata ialah mahasiswa dalam Negara cuba dan berusaha keluar dari kepompong ketakutan akta dan sekatan ini dengan aktivisme yang dilakukan dan ini menjadi pembeda yang nyata dengan mahasiswa di luar negara.Jika mahasiswa dalam Negara digelar hampas, bagaimana pula pensyarah dan Naib Canselor universiti dalam Negara? Tidak ada hampas jika tiada 'ayam' yang mamatuknya, maka santannya hanya dimakan oleh manusia.Takkan kita nak gelarkan pihak universiti dalam negara ini sebagai ayam? Tidak sama sekali.

Melihat kepada kualiti mahasiswa dalam dan luar negara, ianya suatu yang subjektif dan susah diukur. Kualiti sebenar mahasiswa adalah sejauhmana mereka boleh memberi sumbang saran kepada pembangunan negara dalam semua sektor, lebih-lebih lagi bila semasa mereka masih belajar. Hari ini, slogan mahasiswa adalah rakan kepimpinan Negara, namun dimana suara mahasiswa dalam penetapan setiap dasar negara? Pernahkah mahasiswa turut sama dipanggil untuk memberikan idea dalam bajet tahunan yang disediakan? Jika dilibatkan mahasiswa dalam idea perancangan bajet, nescaya cadangan membaiki rumah perdana menteri bernilai RM 65juta dan Menara Warisan RM 5 billion tidak akan diterima. Sepatutnya proses muhasabah untuk mencari punca dan faktor penentu kepada pencapaian sebuah universiti mesti dibuat secara holistik.

Paradigma mahasiswa dalam negara sebagai mahasiswa keals kedua mesti dilempar keluar kerana universiti dalam Negara juga pernah melahirkan pemimpin negara dan tokoh terkenal yang ada pada hari ini. Mesti diingat, mahasiswa adalah aset kepada negara, bukan kerana segmentasi goegrari kami dipinggirkan.

Jangan hanya menyalahkan mahasiswa semata-mata, sebaliknya falsafah pendidikan tinggi mesti dinilai kembali, dasar dan akta mesti disemak semula mahasiswa hanyalah sebiji kepala, yang akan menentukan ianya menjadi santan atau hampas ialah mereka yang memerah dan yang memprosesnya. Jika prosesnya betul, maka santanlah natijahnya, jika tidak sebaliknya. Saya rasa Naib Canselor UTM perlu memohon maaf kepada mahasiswa dalam Negara atas kenyataan yang dikeluarkan.

18 comments:

Syuxer said...

berat molek dia royat gitu..

sero nak lempang otak dia bagi kasi betul fius otak dia..

kerajaan wat bodoh je ngan mahasiswa mahasiswi..dorang pandang rendah..emm kalau camnila memang boleh hancur negara..dahla AUKU cam haramjadah..huhu

jadi kalau belajar kat oversea kita terrerla ye..yang belajar kat u malaysia neh kira bangang haramjadah x boleh pakai??geram aku!!!

cakap men suka hati abah dia je prof tuh..

p/s:maafkan aku andai komen neh terlalu pedas dan sinis..

CikAizA said...

hahahah... syuxer sabar broo...

anyway... blajar kat mana2 pun sama gak... kalau nak seribu dya..kalaux nak... stu sebb pun dah cukup...

adwafarahin said...

pucuk pangkalnya pada pelajar itu sendri
klu nk maju mst berusaha klu x ddk la kat takuk lama
uni mana2 pon sama jugak x yah la nk banding2kan

harrazdani said...

setuju dengan syuxer...AUKU perlu dikaji semula..

syrupmasin said...

alaa..sedeh cakap macam tuh..penat nih blajar sungguh2..

ArulchelseA said...

ni yg prof kangkung ni.. kih kih kih

wan_cikgumuzik said...

aku sangat setuju ngan syuxer walaupon bahasanya kurang indah didengar... hehehehhe...

yg profesor tuu beli kot jawatan prof tuu?? hahahha..

kotak bulat said...

mrah betul syuxer tu.. emm.. bila tak nak belajar, dikatakn bodoh..bila belajar..dikatakan hampas.. err...

cucu umie said...

bg ayie tidak semstinye yg bljo dlm negre nie hampas lol...same shje setiap orng itu yg pntg insfratuktur sesebuah universiti tu amat pntg bg meningkt lg keyakinan mahsiswa untuk meningktkan kualiti U...

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

dalm ke luar lau nk jd hampas,hampas gak kan..

p/s: srjan misai terima lapor masuk tugas anda..hakhak..

::FAIZ FARISH:: said...

stuju ngan adwa

Noh Kodiang said...

Assalamualaikum. Sistem universiti sangat sangat tidak memainkan peranan membantu mahasiswa mencapai arus kemodenan. Kebanyakan pak sangup hanya menurut arahan orang atasan demi wang ringgit dan pangkat. Tapi mereka langsung tidak tahu mengenai cara menguruskan program pembelajaran di universiti. Cuba bandingkan sistem pelajaran universiti di luar, dari segi masa, pelajar di sana mampu untuk bekerja sambil belajar sepenuh masa. Tetapi di Msia, jangan kata nak bekerja, nak buat part time pon kena pikir lapan puluh ribu kali. Assalamualaikum.

RedVixen said...

sedihnyaa, hampaskah aku???

iKhRam said...

saya bukanlah penuntut universiti, namun hanyalah seorang penuntut institut perguruan..

namun isu global seperti ini sentiasa bermain dalam fikiran rakyat malaysia seperti saya..

saya setuju dengan ulasan saudara akan kepentingan seseorang mahasiswa terhadap sumbangsaran kemajuan negara..

bukan semua mahasiswa dilahirkan tanpa kualiti.. mungkin ada sebilangan mahasiswa yg sekadar menuntut hanya untuk keperluan memegang ijazah semata-mata.. ini merugikan negara sekaligus mahasiswa itu sendiri..

mahasiswa hari ini tudak dpt lari dari menghadapi cabaran persaingan dari bermacam-macam aspek terutama dari urusan bidang kerja malah terhadap inovasi-inovasi baru yang mampu membantu negara dan bergantung harap dari kecanggihan dan teknologi luar..

mungkin mahasiswa kita kekurangan ini. namun untuk menganggap mahasiswa sebagai hampas, mungkin agak terlalu keras bunyinya..

tp sebagai mahasiswa, kita mampu unutk menidakkan hipotesis itu.. berfikir secara matang dan positif.. hasilnya yang buruk pasti akan nampak molek..

tentang urusan akta dan sebagainya.. saya fikir, kalau diberi peluang jangan terlalu taksub menentang sehinggakan tiada yg baik dari usaha kepimpinan hari ini.. jadi lah perintis idea yang berkesan dan positif..

liyana said...

hmm..agak tidak ptut..
x semua mcm tu..
byk gk yg berkaliber student ipta..
hampas ke x hampake dpnd on individula..
sian student ipta blajar bgai nk gla tp kata hmpas..

ABU said...

huhu aku sngt bersetuju dengan pendapat en dani kat atas.. mana boleh cakap macam tu.. graduan tempatan kita pun ramai yang cemerlang dan mempunyai daya saing di alam pekerjaan setanding dengan graduan luar negara..

Jiejah Gorjes said...

dia kata yg belajar Uni kt M'sia ni hampas ek???

Sapa yg mengajar student mesia tu plak?? lecturer n prof2 jugak kan??

So dorg pun hampas la kan sbb mengajar student hingga digelar hampas!!!

And mcm mana plak student yg dr luar negara blaja kat sini yg kat UIA, kt UPM tu apa cer nyer plak??? org luar dtg menuntut kt tempat kite knp ek?? bkn dorg kaya2 bleh pilih negara2 bkn m'sia kan..tp knp pilih m'sia???

So dorg tu nak panggil apa plak hampis???

cakap ikut sedap mulut!!!!

Khairil said...

sokong dengan pandangan harazdani..
tak patut untuk Prof Dr Zaini Ujang menggunakan istilah yang sebegitu...cakap biar berlapik...