Tuesday, March 8, 2011

Berapa sebenarnya yang kita bayar??

harrazdani@mind:

1) Baru-baru ni saya menerima sms daripada seorang sahabat lama  memberitahu tentang caj goverment tax untuk siaran tv berbayar astro dan  bil telefon telah meningkat daripada 5% (gov tax) kepada 6% (gov tax) ...sememangnya dalam bajet 2011 yang dibentangkan oleh PM baru-baru ini pun dah sedia maklum benda ni, tp mungkin antara kita tidak mengambil berat sebab mengenangkan kenaikan hanya 1 % daripada caj asal. Ataupun mungkin kita terkesima dengan cuti bersalin 90 hari (kakitangan awam) yang diberikan oleh kerajaan dan pelbagai insentif lain yang dikira amat menarik dan istimewa...

2) biasalaaa..setiap ringgit yang diberi akan diambil kira oleh kerajaan dan bagaimana untuk diambil balik setiap sen yang dibelanjakan..kesimpulannya..bagi sini..ambik situ...begitulah seterusnya..

3) Tuntasnya..kenaikan 1% cukai perkhidmatan juga akan memberikan pulangan hasil sebanyak RM680 juta tanpa mengambil kira prospek pertumbuhan ekonomi pada tahun 2010 dan 2011. Berdasarkan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2011, hasil cukai perkhidmatan adalah berjumlah RM4.1 bilion, berbanding RM3.9 bilion pada tahun 2010. waaaaa sungguh lumayan..hahaha

4) Saya pun mengoogle nak cari  berapa sebenarnya jumlah pelanggan astro ni....cari punya cari jumlahnya hampir 3 juta orang. Kepada  3 juta pelanggan Astro seluruh negara misalnya, yang membayar yuran dalam lingkungan RM 100 sebulan atau RM1,200 setahun, mereka terpaksa membayar tambahan sebanyak RM6 atau RM72 setahun sekiranya cukai perkhidmatan 6% dilaksanakan. Malah, Ernst & Young pula menganggarkan tambahan RM148 juta lagi akan dimasukkan ke dalam tabung perolehan kerajaan berdasarkan audit kewangan tahunan Astro 2009. ini baru sahaja dalam bidang penyiaran (ASTRO) tidak termasuk industri-industri lain.


5) Dengan pelbagai tax yang dikenakan sekarang ini...apa sudah jadi dengan pendapatan boleh guna kita...mungkin kalau kita kumpulkan dari awal tahun setiap resit pembelian kita yang membabitkan pembayaran tax ini...rasanya boleh mencecah ratusan dan mungkin ribuan ringgit telah dibelanjakan...tetapi adakah kita sedar realiti ini.....dan adakah setiap kedai yang kita kunjungi wajar mengenakan tax tersebut...apa yang kita, termasuklah saya sendiri kalau ikutkan main bayar jer...untuk pengetahuan bersama.
Menurut Jabatan Kastam Malaysia, perkhidmatan bercukai yang ditakrifkan antaranya seperti berikut, antara salah satunya  ..Kumpulan restoran di luar hotel yang mempunyai nilai jualan setahun melebihi RM3 juta  barulah wajar pemiliknya mengenakan  goverment tax....tapi kebanyakan kedai makan selain syarikat francais-francais besar yang saya kunjungi sekarang sedar tak sedar....ada yang mengenakan tax tersebut..adakah nilai jualan mereka setahun melebihi  RM 3 juta ?????..pihak berkuasa perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam mengenal pasti dan seterusnya menangani hal tersebut...

5) kesimpulannya apabila kita keluar rumah dengan hanya membawa RM50 hari ini...cuba lihat berapa yang berbaki dalam poket kita apabila pulang ke rumah pada malamnya....itulah nilai duit kita sekarang..dan corak perbelanjaan kita..kalau perlu ubah..kita ubahlah yer. " sila ubah perbelanjaan anda berjimat cermatlah" saranan kerajaan kepada rakyat  yang kais pagi makan pagi...yang dah sememangnya lebih daripada berjimat..

No comments: