harrazdani@mind : kadang-kadang terfikir...bagusnya kalau kita dapat membaca al-quran dengan betul dan faham akan maksudnya sekali....ada orang cakap kalau baca tapi tak faham tiada maknanya...membaca tanpa memahami maknanya lebih baik daripada tidak membacanya langsung!!!...
cerita ini dipetik dari blog "RINTIHAN SEORANG DA'IE" ...
Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang dengan cucunya. Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu. Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”
Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu.. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.“Tak ada gunaya” bentak si cucu. Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.
Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan hati si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah."Jika kita boleh peruntukkan masa untuk mendengar lagu artis2 kesayangan kita, kenapa tidak untuk Kalam Allah? Setiap huruf yang kita baca itu menjanjikan pahala untuk kita. Rebutlah peluang untuk mengumpulkan pahala dengan sebanyak-banyaknya.
3 comments:
benar, namun tujuan Al-Quran diturunkan adalah sebagai petunjuk bg umat manusia. Jika sekadar membaca tentunya tidak memberi petunjuk. Jika hanya berpuas hati dgn baca Quran (tak tahu makna), sampai bila pun manusia akan melakukan larangan Allah... (sekadar perkongsian)
ye ke boh..?...rakan2 I yang budhha ada 3 orang pandai baca al-quran...tahu pula maknanya...begitu jua orang2 arab di zaman kenabian dan sahabat yang tidak kurang hebatnya...namun tidak juga memperolehi petunjuk walau lagi jelas dan faham maksudnya dari kita....namun mereka tiada perolehi petunjuk...dan mereka telah meninggalkan muka bumi tanpa mendapat petunjuk....pada saya keyataan sebegini akan melemahkan semangat mereka yang tahu membaca tapi tidak memahami apatah lagi yang merangkak2 untuk membacanya...hendaklah jgan dikeluarkan kenyataan sebegini lagi...krana 'petunjuk' itu adalah urusan Allah...akan ada dikalangan hamban2nya yang dipilihNya untuk menyebarkan ilmu-ilmu Islam...jadi kerap2lah membaca dan hadir ke majlis ilmu...kerana disitu insyaAllah akan peroleh Ilmu yang menjadi petunjuk kepada segenap lapisan muslim dan muslimat...Quran itu untuk dibaca dan untuk memahami hanyalan dengan menghadiri kelas2 ilmu. Jika membaca dan tahu makna, anda semua masih tidak lagi memahami maksud sebenar ayat yang dibaca itu. Wallahu a'lam.
Bagus artikel ini.. Nak share biar dapat pahala.. hehe..
Nie ader tips nak khatam Al-Quran dalam masa 3 minit..!
http://t.co/FfCdh9qk
Post a Comment