Monday, March 28, 2011
Saad Al-Ghamidi Part1 - Ruqyah
harrazdani : hari ni saya baca sebuah buku (belum habis lagi) tetapi saya tertarik dengan sub topik berkaitan sihir dan jin . buku tersebut adalah karya tuan guru dato' dr harun din iaitu " menjawab persoalan mahkluk halus, kaitannya dengan penyakit dan pengubatan" . apa yang dinyatakan berkaitan ayat rukyah...saya terus google mencari ayat rukyah ini.. alhamdulillah banyak terdapat dalam youtube yang telah dimuat turun oleh sahabat-sahabat kita. diakhir buku tersebut terdapat penyusunan ayat rukyah iaitu bermula dengan surah al fatihah dan rangkain sebelas ayat- ayat rukyah daripada surah al-baqarah.
selepas mendengar ayat yang saya postkan di atas adalah berlainan...jadi saya terus mengoogle untuk mencari sebab mengapa ianya berbeza. rupa-rupanya ayat rukyah ini banyak dan terdapat banyak cara kaifiatnya (cara bacanya). jadi harap tidak terkeliru dengan perbezaan susunannya dan cara bacaannya. antara faedah dan khasiat ayat-ayat rukyah ini, boleh menghalang dan menjauhkan dari gangguan jin dan syaitan. ' sesungguhnya membendung atau mengelak itu lebih baik dari mengubati.
jika ayat ini diperdengarkan kepada mereka yang terdapat gangguan jin di dalam badannya akan mengalami perkara-perkara seperti di bawah. saya bukanlah bomoh, atau ustaz yang pakar dalam bab ini..tetapi sekadar menyampaikan sedikit ilmu yang diperolehi....dalam buku tersebut juga tuan guru ust harun din mengesyorkan agar ayat2 rukyat ini diamalkan selepas solat fardhu...antara simptom di bawah ini saya peroleh selepas menggoogle berkaitan ayat ini...bukan dalam buku tersebut.
simptom selepas mendengar ayat ruqyah tersebut :
1) degupan jantung semakin kencang
2) badan rasa bergegar
3) ada benda bergerak-gerak di bawah kulit
4) mengantuk/menguap
5) gelisah
6) batuk
7) panas di tengkuk
selepas mendengar ayat ini insyaalah dapat menghalau jin yang berada di dalam tubuh kita. penjelasannya adalah mudah, jin yang berada di dalam tubuh kita bergerak melalui saluran darah kita. ayat rukyah syariah ini amat mustajab dalam menyakiti mereka, lalu mereka akan kucar kacir dalam darah kita dan menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. bagi kes sihir pula kita akan merasa mengantuk apabila mendengar ayat rukyah ini, manakala bagi kes saka akan merasa panas ditengkuk.
testimoni hehe..
selepas saya mendengar ayat ini sehingga part 2...
1) degupan jantung semakin kencang = denyut normal
2) badan rasa bergegar = masih stabil
3) ada benda bergerak di bawah kulit = takder
4) mengantuk/menguap = tidak juga
5) batuk = ada sikit2..tp dah start dua hari sebelum ..sbb keje siang malam.
6) gelisah = biasa saja
7) panas di tengkuk = tidak juga
alhamdulillahhhhh....jin tak ada dalam badan dan menggangu. tetapi syaitan dan nafsu tetap ada. semoga allah kuatkan iman...amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ilmu yg sgt bermanfaat:) syukran ats perkongsian.. teruskan menulis entri2 berilmiah.
tq sri...ilmu yang bermanafaat kalau berkongsi bertambah manafaatnya.
Post a Comment