Thursday, March 10, 2011

skim rumah pertamaku.


harrazdani@mind : saya rasa skim ini paling menarik perhatian terutamanya golongan muda dan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan ia pasti membuatkan ramai golongan seperti saya menarik nafas lega apabila kerajaan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku. pernah dahulu seorang kawan saya terpaksa buat personal loan untuk bayar deposit 10% bagi membayar harga rumahnya yang bernilai RM100K lebih..akan tetapi dalam masa yang sama,  skim ini menggalakkan golongan muda berhutang dan komitmenya boleh sampai 30 tahun. masing-masing ada pro dan kontranya..tepuk dada tanya iman....

Dengan kerjasama Cagamas Berhad dan lebih 20 institusi kewangan, skim ini antara lain membolehkan pinjaman 100 peratus bagi rumah antara RM100,000 hingga RM220,000 dengan tempoh bayaran balik 30 tahun. walaupun harga rumah yang ditetapkan itu tidaklah menjanjikan satu rumah yang boleh dikatakan selesa memandangan harga rumah sekarang ini yang sangat tinggi terutamanya di kawasan Lembah kelang. tetapi dengan skim ini bolehlah golongan muda seperti saya merancang pemilikan harta (rumah) dengan lebih awal tanpa memikirkan untuk menyimpan wang bagi tujuan pembayaran deposit tadi.

saya yakin skim ini akan dapat membantu golongan muda memiliki rumah pertama secepat mungkin. Mereka tidak perlu mengumpul wang deposit.

Pada masa ini, golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah yang baru bekerja terutama yang tinggal di bandar besar agak sukar memiliki rumah sendiri dengan cepat. Malah, mereka berisiko untuk terus hidup menyewa..kalau nak dikirakan, bayaran sewa bulanan pun dah hampir mencecah seribu ringgit..semasa saya di Petaling jaya selama 5 Tahun saya terpaksa membayar RM 700 untuk sebuah Apartment..kalau didarabkan dengan 5 tahun (60 bulan ) boleh mencecah 40K. oleh kerana itu...jika saya boleh membeli rumah dengan harga RM150K (mungkin apartment cikai)  dengan skim tersebut...pinjaman dalam tempoh 30 tahun bayaran ansuran bulanannya bersamaan dengan sewa yang saya bayar untuk rumah bukan milik saya tadi..saya percaya keupayaan orang ramai memiliki rumah pertama pada usia muda akan memberi banyak kesan positif terutama yang berkaitan dengan kesejahteraan dan taraf hidup.

Langkah terbaru ini serta penerusan usaha membina rumah kos rendah, akan membolehkan masyarakat Malaysia memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah pada peringkat awal pembinaan keluarga.

syabas kepada kerajaan..tapi jangan pula selepas ini harga rumah semuanya melebihi RM220k...yang tinggal hanya flat-flat yang tidak berkualiti. adakah semua golongan muda tersebut mampu untuk membayar ansuran bulanan tersebut ? kini kerana tempoh pembiayaannya selama 30 tahun memerlukan komitmen yang amat tinggi daripada pembeli...jangan nanti ramai yang diistiharkan muflis pula...saya berharap kerajaan benar-benar sudah menelitinya dengan sebaik-baiknya untuk kepentingan rakyat.

No comments: