Wednesday, June 8, 2011

waktu terbaik dan paling sesuai post entry di blog.



Assalamualaikum dan salam sejahtera, ini hanya pendapat dan hasil dari pemerhatian saya sepanjang baru beberapa bulan berblogging terutamanya hal yang berkaitan dengan kekerapan seseorang blogger mengupdate atau mengemaskini entry -entry terbaru agar blog sentiasa segar dan menarik untuk dikunjungi. Saya membaca di beberapa buah blog yang menekankan tentang perlunya seseorang blogger sentiasa mengemaskini entry di blognya paling tidak tiga atau empat entry sehari agar trafik dan kunjungan ke sesebuah blog  sentiasa meriah.

Memang tips tersebut baik dan berkesan, tetapi bagi mereka yang sibuk dan kekurangan idea untuk sentiasa mengupdate entry di blog masing-masing, saya syorkan kita mengemaskini entry pada waktu-waktu tertentu. Strategi atau cara ini akan menempatkan entry kita di dasboard rakan-rakan follower pada saat dan masa yang tepat. Mengapa saya katakan sedemikian kerana kebiasaan daripada kalangan blogger akan online pada waktu-waktu tertentu. Waktu yang saya maksudkan  ialah  diakhir waktu pagi lebih kurang jam 9.30-10.30 pagi, di awal petang antara jam 1.30-3.00 ptg dan di awal malam 9.00-10.00 dan waktu-waktu ini saya simpulkan sebagai waktu puncak berblogging. Oleh kerana itu jika kita kemaskini entry diluar waktu berkenaan, memang boleh tetapi entry yang kita postkan berkemungkinan akan tiada di dashboard rakan-rakan apabila tiba waktu puncak tadi. lainlah jika kita tergolong dalam blogger yang famous, orang akan sentiasa datang walaupun entrynya tiada di dashboard.

Dan waktu yang paling tidak sesuai post entry ialah pada jam 12mlm ke atas kerana masa tersebut kita kebanyakkannya hanya berblogwalking di shoutbox dan secara automatiknya post tersebut akan tiada lagi di kedudukan yang baik di dasboard menjelang waktu puncak di akhir pagi seperti yang saya nyatakan di atas.

Tips ini hanyalah pendapat dan pandangan saya yang sangat naif dan hijau dalam dunia blogging ni, jika ada yang tidak bersetuju saya minta maaf kerana apa yang saya tulis ini adalah apa yang saya fikirkan, dan jika ianya baik dan berguna diharap akan dapat dimanfaatkan bagi kebaikan bersama.

12 comments:

solomolo said...

kekadang pening pikir masa sesuai nak publish entri...

nelly said...

setuju2 ..
tapi , sapalah nak baca entri nelly .hehehe

Jahidih Saili said...

saya setuju sgt2..

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

stuju2!!

kdg2 lau ade idea trus je update x kira masa..tp time xder keje la..

Syuxer said...

kawe setuju...kawe loni dok men post 3 entry paling maksimum..pagi,petang dan malam..:)

sweet like what said...

NICE TIPS..SETUJU SGT.. :)

Sern said...

em..kadang tu tak juga..satu faktor penting adalah kite kena juga guna keyword yang mampu menarik org utk baca...sesuatu yg luar biasa..ehhe.pandangan sern la.akhir2 ni agak kurang idea nak hapdate..kih3..

harrazdani said...

solomolo : kita serupa :)
nelly : semua rang nak baca entry nelly :)
JS : yesssss setuju
nusha ; jgn update dulu simpan kat draf.huhu
syuxer : cam makan ubat pulak.huhu, ok gak tu.
SLW : yess setuju...:)
sern : betul tu...maknanya tajuk pun kene gempak betul tak sern

Ayie said...

lagi baik kalau dapat update time tghr.. pengalaman aku, member aku semua bukak blog time tghr.. time lunch..

Azzah said...

setuju...tapi nak cari idea time kemuncak tu yang perit..

Aimi dan Pakcik Hashim said...

ada jer cara nak pastikan masa entri di ubah2

satu entri blh jadi 'entri' baru sepanjang hari... malah di hari esok masih blh jd entri baru

hehe

Ladida Cafe said...

thanks ;)