Wednesday, September 7, 2011

Entry info | Saintis Singapura temui cara baru rawat kanser payu dara




Pakar sains di Genome Institute of Singapore (GIS) dan rakan sejawatan mereka di National University of Singapore (NUS) telah menemui cara baru menyasarkan rawatan terhadap EZH2 yang dikaitkan dengan penyakit kanser payu dara. EZH2 adalah enzim yang menyemarakkan penerimaan negatif bagi estrogen dalam kanser payu dara, sejenis wabak penyakit kanser agresif yang tidak memberi respons terhadap bentuk rawatan semasa.

Penemuan ini yang disiarkan dalam jurnal ”Molecular Cell” membuka ruang bagi memajukan strategi rawatan berkesan terhadap kanser payu dara agresif yang dikaitkan dengan EZH2, demikian menurut kenyataan GIS, sebuah institut di bawah Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) di sini hari ini.

Aktiviti enzim EZH2 didapati menyebabkan terbantutnya kesan tekanan terhadap ketumbuhan yang juga berfungsi ”menyekat” berkembangnya ketumbuhan kanser.Pasukan saintis dipimpin pakar kanan kumpulan dalam GIS, Dr Qiang Yu, telah mendapati bahawa di samping menghalang kesan tekanan, EZH2 juga mengembangkan pertumbuhan kanser payu dara.

Kesan kuat daripada EZH2 ini sering dikaitkan dengan merebak dengan pantasnya penyakit kanser payu dara yang merupakan kanser paling banyak berlaku dalam kalangan wanita di seluruh dunia. 

p/s : sentiasa buat pemeriksaan kesihatan ye...

8 comments:

Unknown said...

baguslah, sekurang2nya dapat menghalang sel kanser terus merebak dlm badan kan.. hebat lah mereka2 ni

harrazdani said...

fa : sesungguhnya akal manusia ini adalah anugerah terhebat dari yang maha esa...

Abu Bagi said...

bagusla kalau macam tu..mudah2han lebih banyak nyawak akan dapat diselamatkan..

arituarini said...

kena buat pemeriksaan cepat..

RHI said...

tempat kakak ada juga yang berubat secara perubatan Islam, Alhamdulillah...sembuh, sampai doktor pun terkejut

Anak Wak Mail said...

Alhamdulilah,,semoga betul2 mujarablah enzim ni..:)

afzalsukasuki said...

alhamdulillah.ada gak cara penyelesaian baru ditemui.harap2 berkesan ye :)

Unknown said...

segala penyakit dan penawar dtg dr Nya