Thursday, September 8, 2011

entry info | dirompak semasa berblogging.....kedai mamak sek 15 Shah Alam..???!!!!!



Salam to all, bila tengok video ni kadang-kadang aku tak percaya ianya berlaku di Malaysia. Kejadian yang ala-ala kongsi gelap a.k.a gengster...Inilah faedahnya bila minda dan selera kita sentiasa dihidangkan dengan cerita-cerita gengster dan budaya hidup mereka untuk dipertontonkan. Dan yang lebih menerujakan aku filem-filem sebegini meletup dan menjadi bualan ramai khususnya anak muda. Mungkin pada mereka yang menontonnya berlainan pandangan dan pendapat, ada yang mentafsir dan menerimanya secara positif tetapi jangan kita ingat semuanya berfikiran seperti kita. Ini aku bawa satu contoh, sebenarnya banyak lagi yang menyumbang ke arah perbuatan tersebut tetapi yang hampir dengan kita buat masa ini adalah faktor yang aku sebutkan di atas.

Selain daripada itu, akan ada suara-suara yang akan menyalahkan pihak berkuasa kerana lambat bertindak atau kurangnya pengawasan dan penyeliaan tempat-tempat "panas". Adakah Pihak berkuasa yang lambat bertindak atau kita yang sentiasa menghidangkan peluang?. bagi aku penjenayah akan sentiasa menunggu dan mencari peluang yang ada, kerana setiap perbuatan mereka adalah hasil pemerhatian yang panjang dan teratur. Dah jadi trend sekarang ni orang ramai berlap top dan ber iphone ke sana ke mari tanpa mengira tempat dan waktu. Bagi aku tak salah cuma kita perlu sentiasa "alert" dengan keadaan persekitaran, jangan kita terlalu asyik ber'online" sehingga kita tidak peduli tentang keselamatan diri dan keluarga.

kat sini aku nak bagi pandangan berupa tips sikit :

  • Kalau nak ber'wifi' ker...pilihla restoran yang lebih terbuka dan tidak tersorok. Maksud aku berhampiran jalan utama. atleast mereka yang nak buat kerja ni fikir 10 kali.
  • Jangan amalkan letak phone atau dompet atas meja time makan, ini aku tengok ramai orang buat benda ni,  mungkin nak tunjuk wallet mahal dan iphone cam ayam laa kot.
  • Pilih laaa waktu yang sesuai, kalau tengok masa kejadian dalam video kat atas tu dah pukul 12 pagi.; dan
  • Pilih laa kedudukan yang mengadap pintu masuk sesebuah kedai agar kita cepat perasaan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Empat tips bagi aku dah cukup dah..kalau agak-gak nak tambah boleh bagi kat ruangan komen bukan apa untuk manfaat kita bersama.

9 comments:

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

smlm sorang abg tu gtau yui..

tros nasihat jgn dok letak tmpt terbuka/tayang sesaje..

berhati2 la ea semua..

amranaiman said...

semua benda bahaya skang :/ .. kita kena berhati2..

Luqeem™ said...

even kedai mamak yg ada cctv pn dirompak..fuh lain kali kedai mamak sekarang kne buat mcm kedai barang kemas..;)

afzalsukasuki said...

hmm ni kedai2 yang berlainan ke?semua pakat lari.adoyai dorang terdesak kot nak beraya..takpun takde det nak buat yuran naik sem

harrazdani said...

afzal : kedai yang sama (ikut pemahaman aku laaa) cuma sudut yang berbeza...

Adam Haiqal said...

kedai yg sama cuma kamera yg berlainan sisi..setuju dgn tips tu..tp kalau dah panik time tu,kita xblh fikir ape dah...just cabut lari je semua..brg2 pun tertinggal~

pengajrannya,marilah kita melepak di HIGH CLASS RESTAURANT selain mamak!HAHAH..;D

tapi x rasa ke kemungkinan org yg merompak tu adalah geng2 mamak tu juga?Sebab pencurinya org INDIA..kot2 laa kann..ape slhnya pikir negatif sket..;D

Anak Wak Mail said...

bahaya sekarang,,perompak tak kira tempat dah..elakkan dari keluar di malam/pagi hari..:)

harrazdani said...

adam haiqal : setuju bro...kadang2 tuan kedai boleh jadi informer paling berkesan kepada penjenayah.....

harrazdani said...
This comment has been removed by the author.