Thursday, November 10, 2011

BETUL KE PARLIMEN BUBAR ESOK 11.11.11 ??? ITU TAK PASTI , YANG PASTI ESOK ADALAH......

Assalamualaikum dan salah sejahtera,

Banyak orang cakap pasal tarikh 11.11.11 ni terutamnya orang politik, kerana tarikh tersebut diuar-uarkan akan berlakunya pembubaran parlimen menandakan pilihanraya ke 13 akan di adakan, tapi biarlah perkara tu orang yang lebih layak tentukan. Kali  ni bukan nak cite pasal politik tapi nak citer pasal sultan kesayangan aku ni...allahuakbar allahuakbar allahuakbar.


 Aku  merafak sembah tahniah Ke Hadapan Ke Bawah Duli Yang Maha Dulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Kali ke-42 Tahun 2011 pada besok hari 11 November 2011. Semoga Kelantan terus dilimpahi keberkatan yang berpanjangan berteraskan syariat Allah SWT di bawah naungan Tuanku. amin.

wassalam.




Sebelum ini sambutan hari keputeraan sultan kelantan diraikan oleh semua penduduk negeri kelantan pada setiap 30 dan 31 Mac setiap tahun. Bermula tahun ini sebagaimana yang dilaporkan oleh Bernama, tarikh baru bagi sambutan hari keputeraan Sultan Kelantan, iaitu Sultan Muhammad V telah dipinda ke tarikh baru iaitu pada 11 dan 12 November setiap tahun.Tarikh baru sambutan hari keputeraan sultan kelantan tersebut juga telah diwartakan pada 23 Disember tahun lalu. Tarikh 11 dan 12 November tersebut juga di isytiharkan sebagai cuti umum bagi negeri kelantan.

Setiausaha kerajaan negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias juga memaklumkan kerajaan negeri kelantan pada 1 Disember tahun lepas juga telah bersetuju dengan pindaan tarikh sambutan hari keputeraan sultan kelantan tersebut. Untuk makluman juga tarikh 11 dan 12 November merupakan tarikh sambutan hari keputeraan manakala tarikh lahir sebenar sultan kelantan sekarang iaitu Sultan Muhammad V adalah pada 6 Oktober.





6 comments:

tunz said...

spekulasi.....

arituarini said...

yg pastinya esok jumaat..dan membe aku kawen esok..kih kih kih

Unknown said...

kita tunggu esok....

tnZackJ said...

bila lah agaknya giliran sultan kelantan ni nak jadi YDP Agong..
semoga rahmat Allah sentiasa bersamanya..

tunggu jga, bila sultan aku nak jadi bergini..

studentintec said...

bakpo tarikh lahir x samo ngan tarikh hari keputeraan?

- LIANA ASIF - said...

alhamdulillah.... tarikh lahir ambo sama dgn tengku faris.. lebih terharu bila hari jumaat 11.11.11 sama dgn hari kelahiran ambo..