Thursday, November 24, 2011

JOM TENGOK VIDEO IKLAN HANTU SYARIKAT TELEFON TERKEMUKA BRITAIN [ PHONE4U] YANG KONTROVERSI





LONDON: Iklan sebuah syarikat telefon bimbit gergasi Britain, Phones4u, disiasat pihak berkuasa selepas pelbagai pihak mengadu ia tidak sesuai dipaparkan kepada umum. Iklan itu menunjukkan hantu budak perempuan yang menakutkan seorang wanita di kawasan meletak kenderaan bawah tanah. Menurut pelbagai pihak, iklan berkenaan dianggap terlalu menyeramkan untuk kanak-kanak.

Pihak Berkuasa Standard Pengiklanan (ASA) semalam mengesahkan menerima 341 aduan mengenai iklan berkenaan. Ia adalah aduan tertinggi dicatatkan pada tahun ini. Pengguna yang berang dengan Phones4u menyatakan kemarahan mereka melalui YouTube dan mendesak pihak berkuasa mengharamkannya. Sementara itu, jurucakap ASA berkata, dia mengesahkan iklan berkenaan kini disiasat kerana dianggap keterlaluan serta tidak sesuai untuk tatapan kanak-kanak

“Kami akan berhubung dengan Phones4u untuk menjalankan siasatan menyeluruh,” katanya. Iklan itu disiarkan pada waktu perdana televisyen memaparkan hantu budak perempuan seperti sering dilihat dalam filem seram. ‘Hantu’ itu mengejutkan wanita terbabit yang baru habis membeli-belah dengan mengangkat telefon bimbit di tepi tingkap bersama pesanan “kamu akan dihantui sesalan jika terlepas tawaran kami.”

4 comments:

encik Cool said...

x ada kena mengena langsung...

Bui Junaidi said...

uisshhh..sapa nak beli henpon yg berhantu ni..kekeke..

mmg patutlah org komplen

buatlah iklan yg ceria meria,baru org nk dtg beli..kan..kan

khairul said...

gila seram !

Azekzk said...

memang bahaya utk budak2 takut nanti diaorg trauma berlebihan.