Thursday, November 24, 2011

ISSKKK ..ZIZAN RAJA LAWAK AKAN TINGGALKAN MELODI TV3


Zizan Raja Lawak akan tinggalkan rancangan Melodi TV3 dan letak jawatan jadi pengacara Melodi setelah mendapat tawaran dari pihak Astro. Tawaran Astro ni agak hebat juga sebab Astro menawarkan Zizan untuk jadi wajah ekslusif Astro. Sememangnya tawaran ni memang susah nak dapat dan memandangkan Zizan mempunyai daya tarikan dan peminat yang ramai, dia layak untuk itu.

“Ya, memang benar saya ditawarkan oleh pihak Astro tapi saya belum tahu lagi apa yang mereka nak. Setakat ini saya masih tak tandatangani apa-apa kontrak lagi. Apa yang saya tahu, mereka menawarkan saya untuk menjadi wajah eksklusif Astro Warna,” ujar Zizan dipetik sebagai berkata ketika ditemui media di lokasi pengambaran Mael Lambung di Pusat sains Negara, Bukit Kiara.

Menurut Zizan sendiri, semuanya masih lagi dalam perbincangan sama ada dia akan tinggalkan Melodi ataupun tidak. Jika tawaran Astro benar-benar mematuhi cita rasanya, berkemungkinan besar Zizan akan meninggalkan Melodi. sumber

1 comment:

tunz said...

murah rezeki zizan.semoga dia pandai jaga diri