Tuesday, February 22, 2011
Bob Lokman Tarik Diri Raja Lawak Musim Ke-5
harrazdani@mind : 1. Saya terlalu respect dengan bob lokman ni, berani menyuarakan pendirian beliau. apa yang kita tahu, kalau seseorang tu masuk parti pembangkang, jawabnya tamatlah riwayatnyer dalam dunia media masa arus perdana, tak kiralah dia penghibur atau pendakwah. contohnya ustaz Dr Harun Din, allahyarham al fadhil dato' Ishak Baharom, al fadhil Dato Ismail Kamus, ustaz Badrul Amin, Yb Hassan Ali (pakar motivasi) dan banyak lagi list tokoh-tokoh yang telah di frezeekan dan akhir sekali brother Bob lokman ni.
2. walaupun mereka-mereka ini berkeupayaan dan mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang masing-masing. oleh kerana berlainan fahaman politik, medium penyampaiannya sudah terhad. ia merupakan satu kerugian besar kepada seluruh rakyat malaysia. jika kepentingan politik diketepikan, dan media arus perdana seperti biasa mengetengahkan komentar dan ilmu yang di sampaikan oleh tokoh-tokoh di atas, berapa besarkah nilai ilmu yang dapat dimanafaatkan oleh seluruh rakyat Malaysia pada masa kini khususnya golongan muda yang semakin hanyut dengan arus kemodenan kini.
3. Mungkin itulah harga atau nilai sesuatu perubahan yang ingin dilakukan oleh mereka. tetapi alhamdulillah, kita lihat mereka sentiasa aktif dan terus menyumbang bakti dengan cara yang lebih luas.
4. Hari ini Bro Bob telah membuat keputusannya, mungkin dilihat amat berat kepada mereka yang tidak istikomah tetapi tidak bagi beliau. Mungkin Bro Bob dah menilainya dengan sedalam-dalamnya apa yang beliau putuskan. hormatilah keputusan beliau, kerana beliau telah memilih jalan dakwah. beliau akan terus berlakon, bergantung kepada tawaran selepas ini. beliau benar-benar menyerahkan rezekinya pada Allah.
5. Selamat maju jaya Bro Bob......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
rasa sebak bila beliau bertekad memilih jalan ni..Alahamdulillah bertambah seorang lagi tentera Allah.benarlah hidayah Allah itu tidak mengenal siapa..semoga hati-hati kita juga tetap teguh di jalan dakw..ah
harap dia x setengah jalan..mcm yang lain-lain contoh yang kita boleh lihat ust akil hay. masuk dalam bidang seni balik, start rebonding...serban dah jadi snow cap...tp tu mungkin luaran jer...tp hatinya hanya tuhan jer yang tahu...berperasangka baik itu lebih baik.
Post a Comment