HUTANG KERETA
Harga kereta di Malaysia menjadi mahal berlipat kali ganda disebabkan oleh 3 jenis cukai yang dikenakan iaitu cukai import, cukai eksais dan cukai jualan. Kereta yang paling kecil pun (di bawah 1,500 cc) akan dikenakan sekurang-kurangngan 70% cukai jika dipasang di Malaysia (60% cukai eksais dan 10% cukai jualan) dan 100% cukai jika diimport (30% cukai import, 60% cukai eksais dan 10% cukai jualan). Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil yang dijual oleh Perodua pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan
HUTANG RAKYAT MALAYSIA
Menurut Zeti Akhtar Aziz dan statistik bulan Bank Negara Malaysia, pada akhir November 2010 hutang isi rumah telah mencecah RM577 bilion iaitu bersamaan dengan 74% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Daripada jumlah itu, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion adalah pinjaman peribadi dan RM225 bilion adalah pinjaman perumahan dan Jumlah hutang kredit kad yang ditanggung rakyat adalah terlalu tinggi, dianggarkan berjumlah RM200 bilion .
kesimpulannya kebanyakan rakyat malaysia mungkin menggunakan kredit kad untuk menanggung perbelanjaan harian...
1 comment:
bukan keta import cukai eksaisnya 300% ker?
Post a Comment