Monday, March 21, 2011

kisah lelaki dengan bayang-bayang


 



harrazdani : sejak kecil kita selalu sahaja didengarkan tentang cerita "bagai anjing dengan bayang" oleh kerana itu sebut je bayang teringat cerita anjing tersebut. cerita tu memang bagus, mengigatkan kita supaya tidak tamak, tetapi ada lagi cerita tentang bayang yang kita tidak ketahui.  Apa yang saya nak kongsikan daripada cerita di bawah ialah kebijaksanaan seorang khalifah yang bernama saidina Ali karramallah hu wajhah menangani sesuatu perkara dengan penuh hemah. sedikit biografi tentang saidina ali yang saya tahu. beliau merupakan sepupu kepada nabi Muhammad SAW dan anak kepada abu talib iaitu bapa saudara kepada nabi Muhammad SAW. nabi Muhammad telah mengambil saidina ali untuk dijaga memandangkan abu talib mempunyai anak yang ramai dan keadaan hidupnya susah. oleh kerana saidina ali sejak kecil lagi bersama rasullullah, beliau tidak pernah menyembah berhala, oleh sebab itulah dihujung namanya termaktub karramallah huwajhah..allah memuliakan wajahnya. jom kita layan cerita di bawah....  
Seorang lelaki telah bermimpi menggauli seorang perempuan di dalam tidurnya sehingga junub. Dia merasa puas dan bangga walaupun hanya bermimpi.

Kebetulan pula perempuan yang dimimpikan itu sudah punya anak lelaki yang sudah dewasa. Maka pergilah dia kepada anak lelaki itu dan memberitahukan mimpinya.

"Aku bermimpi telah berjunub bersama ibumu." kata lelaki yang bermimpi.

Anak lelaki itu marah-marah kerana merasa lelaki yang bermimpi itu telah mencabuli ibunya.

"Kalau begitu engkau telah berbuat jahat, engkau mesti dihukum." kata anak lelaki itu membela ibunya.

"Aku kan hanya bermimpi....."

Kedua-dua lelaki itu bertengkar yang berkepanjangan. Yang bermimpi mengatakan tidak bersalah, sedang anak kepada perempuan yang dimimpikan menganggapnya salah.

Akhirnya mereka membawa masaalahnya kepada Ali bin Abi Talib untuk mencari keadilan.
"Lelaki ini mengaku telah bermimpi menggauli ibuku." "Betulkah itu?" tanya Ali.

"Betul." jawab lelaki yang bermimpi.

"Dia mesti dihukum kerana telah berbuat jahat."

"Aku hanya bermimpi..."

"Baiklah, engkau bawa lelaki yang bermimpi ini dan berdirikan di bawah sinar matahari. Kemudian kau pukullah bayang-bayangnya." kata Ali bin Abi Talib.mushahidah
lepas baca jangan lupa like yer...:-)