Friday, March 18, 2011
Ombak HITAM
harrazdani : apabila setiap daripada kita melihat ombak hitam ini..pasti akan terasa gerun dan besarnya kuasa allah swt. dalam kejadian tersebut saya tidak melihat mangsa - mangsa yang berpaut meminta tolong seperti apa yang berlaku di aceh. mungkin kecanggihan teknologi Jepun yang dapat mengesan lebih awal kejadian tersebut, alhamdulillah. walaubagaimanapun, secanggih mana kepakaran dan kemodenan akal manusia tidak dapat melawan kuasa yang maha esa.
sebelum Jepun dapat dipulihkan dengan kesan tsunami, mereka kini bergolak dengan krisis kesan rediasi daripada loji nuklear yang terbakar dan meletup, benarlah apa yang telah diberitakan oleh allah swt dalam surah ar Rum.ayat 41 : "berlaku kerosakan di bumi dan dilaut akibat tangan-tangan manusia". semoga kita semua mengambil ikhtibar dari ayat ini.wsalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment