Monday, March 14, 2011

RYAN GIGGS

harrazdani@mind : dalam kita melakukan sesuatu perkara tidak kiralah dalam proses pembelajaran atau melaksanakan sesuatu tugas, daya penumpuan dan  disiplin yang tinggi amat-amat dituntut..tanyalah pelajar cemerlamg dimana-mana pun ..ayat yang pasti terungkap apabila sesuatu kejayaan itu dicapai ialah tumpuan yang penuh semasa proses pembelajaran
.
saya masih lagi terkesan dengan kekalahan pasangan beregu badminton negara di pentas akhir All England sebentar tadi, sudah mendahului 16- 11 di set penentuan pun masih tidak mampu mengawal permainan dengan baik...(kalah menang adat permainan). saya melihat kekalahan tersebut adalah disebabkan oleh tahap ketahanan mental pasukan kita yang lemah sekaligus menjejaskan penumpuan atau fokus terhadap permainan.

tuntasnya, daya penumpuan atau fokus di dalam sesuatu  perkara yang dilakukan adalah penentu utama keberhasilan dan kejayaan.

segnifikan gambar di atas : saya merupakan peminat setia MU...apabila melihat gambar ini, maka tidak hairanlah mengapa ryan giggs berada ditempatnya sekarang...kepada mereka yang masih baru ( obertan dan pepe) mereka patut belajar sesuatu daripada ryan giggs...bukan sibuk dengan gadjet walaupun sekadar menjadi penonton, kerana anda adalah sebahagian daripada pasukan dan patut lebih banyak belajar.

jika saya bertanya kepada ryan giggs...apa yang sedang beliau praktikkan dalam gambar tersebut..jawapannya ialah FOCUS!!!!!!!!!!!