Sunday, March 13, 2011

sensitiviti ke longkang

harrazdani@mind : Kartun lukisan Zoy yang disiarkan di muka dalam Berita Minggu - edisi hari Ahad Berita Harian - memaparkan superhero popular Jepun - Ultraman - lari lintang pukang dari ombak tsunami yang besar. Berikutan itu, ramai rakyat Malaysia telah menyuarakan rasa kesal dan kemarahan mereka. lukisan ini juga turut mendapat bantahan dari agensi-agensi berita dunia.

saya rasa, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku di negara kita yang kaya dengan budaya budi pekerti dan budi bahasa yang tinggi ...dari pelukis sehinggalah ke editornya boleh dipersalahkan kerana tidak sensitif terhadap  rakyat jepun yang sedang bersedih dengan trajedi yang menimpa mereka. inilah akibatnya apabila  nilai sensitiviti sudah tiada lagi dalam minda mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia atau menguruskan satu cabang media utama di negara ini.

3 comments:

nagakeciks said...
This comment has been removed by the author.
nagakeciks said...

tak cukup nampak bodoh dalam Malaysia , diorang nak tunjuk kat negara luar pulak... Malaysia Boleh!!!

harrazdani said...

malaysia boleh segalanya...