Saturday, March 12, 2011

TSUNAMI JEPUN (JAPAN) 11MARCH 2011



harrazdani@mind :
Seperti yang semua sedia maklum Negara Jepun telah dilanggar oleh satu ombak besar yang digelar Tsunami.cara ia berlaku, kenapa, bila, bagaimana, dan berapa jumlah yang terkorban..itu semua sudah kita ketahui..tapi kita sebagai umat islam perlu melihat tragedi ini dengan lebih mendalam dan dekat di sisi agama kita iaitu ISLAM. pesanan idola saya : setiap apa yang berlaku di dunia ini, bermula dari sekecil-kecil urusan sehingga sebesar-besar urusan adalah ada kaitannya dengan dosa pahala, syurga dan neraka. (tapi saya akui kadang-kadang saya pun terbabas. :-) )


Antara salah satu peristiwa atau keadaan yang ditunjunkkan ketika peristiwa israk dan mikraj kepada nabi Muhammad SAW  ialah Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.


cuba kita bayangkan bagaimana rupa dunia sekarang, jika di zaman rasulullah  pun keadaanya sedemikian....sekarang apatah lagi..subhanallah. mengapa saya kaitkan dengan peristiwa di atas kerana kita sebagai umat islam perlu melihat sesuatu musibah dan kejadian itu ada hubung kaitnya dengan kuasa allah sbwt kerana semuanya telah diperjelaskan dengan sejelas-jelasnya kepada seluruh umat manusia.


dalam peristiwa israk dan mikraj allah telah memperlihatkan bagaimana sifat dan rupa bentuk dunia iaitu dalam bentuk seorang yang sangat tua. dan hikmahnya agar seluruh umat islam sentiasa ingat dan sedar akan ketika sudah hampirnya dunia ini kepada saat-saat penghujungnya...


kejadian tsunami ini adalah salah satu petunjuk daripada Allah buat kita seluruh umat islam akan kekuasaanya dan signal kepada seluruh umat manusia akan kebenaran hari kiamat.
sesungguhnya allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia...walaupun sekecil kuman...untuk kita renungkan bersama.


p/s : ada kawan saya yang meminati kumpulan rock jepun...beria-ia berharap kumpulan rock tersebut terselamat dari bencana ini...hahah..untungnye kumpulan tersebut.

No comments: