Sememangnya pendedahan ini adalah amat mengejutkan terutamanya orang awam yang saya rasa berfikir salah laku rasuah ini adalah lebih sinonim dengan PDRM. sehinggakan kebanyakan mereka memandang serong tentang profesion kepolisan. asal polis jer rasuah...asal rasuah je polis. sehingga ada yang tengok polis je terfikir perkara yang tidak elok begitulah tanggapan orang ramai.
Bukan saya nak menafikan bahawa pasukan PDRM bersih dan tidak terlibat langsung dengan perbuatan tersebut, tetapi masyarakat perlu adil dalam memberi penilaian dan justifikasi yang sewajarnya kepada PDRM. bagi saya tanggapan ini adalah berpunca kerana polis dilihat lebih rapat dalam berurusan dengan masyarakat, akan tetapi mereka lupa agensi penguatkuasa lain yang kebanyakan kerjanya lebih berorientasikan dokumentasi dan hanya duduk di pejabat seperti kastam, imigresen dan lain. walhal jabatan -jabatan kerajaan yang tidak berorientasikan penguatkuasaan juga ada terlibat dengan salah laku ini.
Oleh yang demikian, bagi saya selagi adanya proses permintaan dan penawaran...maka rasuah akan terus wujud.kecuali mereka yang memegang amanah tersebut benar-benar ikhlas dan berpegang pada ajaran dan perintah agama..sesungguhnya semua agama didunia ini tiada yang menghalalkan perbuatan ini terutamanya agama ISLAM.
2 comments:
yup..sy belajar etika..lik2 org akan kaitkan pdrm..walhal banyak je agensi kerajaan lain yg buat keje haram tu..sob sob...unfair tuk pdrm :)
sad but true...kpd skuad4...nanti kalau joint polis ikhlaskan hati tetapkan niat....coz dah ramai yang kecundang bro...
Post a Comment