Sunday, April 3, 2011

Antara Kastam dan Polis


Sejak seminggu yang lalu 62 pegawai Kastam pelbagai pangkat telah ditahan oleh pihak SPRM dalam operasi 3b di seluruh negara. Kesemua mereka ditahan atas pelbagai dakwaan kesalahan kerana dipercayai terlibat dalam pelbagai aktiviti rasuah sehingga menyebabkan kerajaan kehilangan hampir RM 108 billion.  ada diantara mereka yang ditahan menerima imbuhan RM10,000 setiap bulan yang dimasukkan terus ke dalam akaun dan memiliki wang di dalam akaun bank mencecah sehingga setengah juta, kereta mewah, simpanan ASB RM 200,000 dan jam tangan bersalut emas.

Sememangnya pendedahan ini adalah amat mengejutkan terutamanya orang awam yang saya rasa berfikir salah laku rasuah ini adalah lebih sinonim dengan PDRM.  sehinggakan kebanyakan mereka memandang serong tentang profesion kepolisan. asal polis jer rasuah...asal rasuah je polis. sehingga ada yang tengok polis je terfikir perkara yang tidak elok begitulah tanggapan orang ramai.

Bukan saya nak menafikan  bahawa pasukan PDRM bersih dan tidak terlibat langsung dengan perbuatan tersebut, tetapi masyarakat perlu adil dalam memberi penilaian dan justifikasi yang sewajarnya kepada PDRM. bagi saya tanggapan ini adalah berpunca kerana polis dilihat lebih rapat dalam berurusan dengan masyarakat, akan tetapi mereka lupa agensi penguatkuasa lain yang kebanyakan kerjanya lebih berorientasikan dokumentasi dan hanya duduk di pejabat seperti kastam, imigresen dan lain. walhal jabatan -jabatan kerajaan yang tidak berorientasikan penguatkuasaan juga ada terlibat dengan salah laku ini.

Oleh yang demikian, bagi saya selagi adanya proses permintaan dan penawaran...maka rasuah akan terus wujud.kecuali mereka yang memegang amanah tersebut benar-benar ikhlas dan berpegang pada ajaran dan perintah agama..sesungguhnya semua agama didunia ini tiada yang menghalalkan perbuatan ini terutamanya agama ISLAM.



2 comments:

skuad4 said...

yup..sy belajar etika..lik2 org akan kaitkan pdrm..walhal banyak je agensi kerajaan lain yg buat keje haram tu..sob sob...unfair tuk pdrm :)

harrazdani said...

sad but true...kpd skuad4...nanti kalau joint polis ikhlaskan hati tetapkan niat....coz dah ramai yang kecundang bro...