sebenarnya saya bersimpati dengan para anggota tentera kita ni...tapi masalahnya kita kadang-kadang tidak berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu perkara. Termasuklah empat anggota tentera yang menyembelih seekor burung enggang di Hutan Royal Belum seperti tersebar luas dalam lawan web sosial facebook dan blog akhir bulan lalu, mereka telah disiasat dan didakwa mengikut Akta Tentera dan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.
walaupun burung tersebut telah cedera akibat daripada perbuatan pemburu lain, tetapi perbuatan mereka ini seolah olah berbangga dengan tindakan mereka sehingga gambar tersebut dimuat turun di dalam laman web sosial facebook.. ini lah keburukan facebook..sehingga semua perkara mahu diberitahu. makan apa, beli apa, buat apa, pergi mana, sedih, hepi, ...... kesimpulanya apa saja dari buka mata sampailah menutup mata kalau boleh semua orang mesti tahu.
tiada salahnya kalau kita selalu update apa yang kita buat untuk berkongsi kegembiraan kita, tetapi biarlah bertempat..kalau dah jadi seperti mereka berempat di atas kan gelap masa depan. setahu saya dalam tentera kalau dah kene kes tatatertib jawabnya bawa fail tu sampai pencen lah.
kesimpulannya fikirkan dahulu sesuatu perkara yang ingin kita lakukan betul atau salah. macam pesan orang tua-tua kalau kita tidak cerdik jangan beritahu orang kita ni bodoh.
No comments:
Post a Comment