Wednesday, June 15, 2011

gerhana bulan awal pagi esok, bersiap sedialah.



Esok pagi dalam bersamaan 14 Rejab 1432H dijangka akan berlaku satu fonomena alam iaitu fenomena gerhana bulan penuh. Gerhana tersebut dijangka berlaku bermula jam 1.25 pagi dan mencapai tahap kemuncaknya pada jam 4.12 minit pagi.

Bersempena fenomena ini kita umat islam disunatkan menunaikan solat sunat khusuf  (solat sunat gerhana bulan) berjemaah dan disertai khutbah. cara nak menunaikan solat ini klik SINI  . bersiap sedialah yer..

Hadis riwayat muslim yang bermaksud " sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda (kebesaran allah). tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula pada kelahirannya. Maka apabila kamu melihat gerhana makan dirikanlah solat sehingga kembali terang (hilang gerhana).

P/S dalam paper berita harian ada bagitau masjid putrajaya, masjid tunku mizan dan masjid wilayah persekutuan akan adakan solat sunat tersebut jam 3 pagi, masjid tempat lain tak tahu lah, nanti nak confirm ngan tok imam.

2 comments:

ishy77 said...

belajar mengenal alam~~

ZiLL said...

Gerhana Penuh..