Sunday, July 10, 2011

Warkah terakhir | adakah masih ada peluang kedua dalam hidup ini....


Assalamualaikum dan salam sejahtera, percayakah kita tentang peluang kedua ? kadang-kadang apabila kita buat satu kesilapan dan kesalahan kita akan merayu agar diberi satu lagi peluang...tak kiralah kepada siapa sekalipun kesalahan itu dilakukan...samada kepada ibu bapa kita, adik beradik. pasangan hidup kita dan yang paling selalu kita meminta diberi peluang kedua ialah Allah SWT...kerana kita sedar kita ni tidak sempurna dan penuh dengan dosa dan noda...kalau kepada manusia mungkin peluang itu akan diberi tetapi ada hadnya..tetapi jika kita meminta kepada Allah SWT...mintalah seberapa banyak peluang pun selagi matahari tidak muncul dari barat.. insyaallah akan diperkenankan kerana Allah itu maha pengasih dan penyayang. 

Sudah menjadi kebiasaan apabila kita meminta diberi peluang kedua, sudah tentu kita melakukan kesalahan dan yang diminta oleh orang yang meminta peluang tersebut haruslah sentiasa terbuka  hati agar menerima permintaan tersebut kerana bagi saya mereka yang meminta peluang kedua ialah mereka yang benar-benar menyesali perbuatan yang telah beliau lakukan....saya berasa sangat sayu apabila membaca isi kandungan surat adik Vong vui  Kong ini...saya anggap beliau amat bertuah kerana sebelum perginya, beliau mengerti akan kesalahan yang beliau telah lakukan dan memahami nilai kasih sayang ....daripada mereka yang hidup seratus tahun tetapi tidak menghargai semua ini....jom kita hayati isi hati adik ini.

Surat beliau ini saya petik dari malaysiakini dan saya rasa ini bukan entry copy paste kerana saya sudah menerangkan pandangan saya berkaitan peluang kedua...harap entry ini tidak dianggap entry copycat oleh  wancikgumuzik .

vong vui kong seorang rakyat Malaysia..yang ditahan di penjara Singapura atas kesalahan mengedar dadah....menunggu saat dijatuhkan hukuman gantung di atas kesalahan yang beliau lakukan

Sebelum saya mulakan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang sedang menatap surat yang ke-12 ini. Masa berlalu begitu cepat dan ini merupakan surat saya yang terakhir. Saya harap apabila anda selesai membaca surat ini, walaupun apa-apa  yang akan terjadi ke atas diri saya, anda akan terus menyokong kempen 'Kami Percaya pada Peluang Kedua'.

Untuk surat terakhir ini, saya ingin menulis tentang bagaimana perasaan saya dalam menunggu saat-saat kematian. Pertama, saya merasakan bahawa kewujudan hukuman mati ini bukan hanya demi hukuman, tetapi sebaliknya, untuk membolehkan pesalah memahami, dan berdepan sepenuhnya, dengan kesilapan yang telah dilakukan. Ambil diri saya sebagai contohnya, saya sebenarnya bersyukur saya telah ditangkap kerana ia membolehkan saya memahami makna dan tujuan sebenarnya kehidupan ini, dan telah membolehkan saya mencari kekuatan dalam diri ini. Saya ingat pernah menyebut tentang "diri ini" sebelum saya ditangkap - seorang yang tidak pernah benar-benar hidup sebelum.

Beberapa hari yang lalu, peguam saya, M Ravi, datang melawat saya. Beliau memberitahu saya bahawa beliau akan menghantar rayuan terakhir saya kepada presiden Singapura dalam beberapa hari. Itu adalah peluang terakhir saya. Pada malam sebelum hukuman dilaksanakan, ramai penghuni menjalani hukuman mati, akan diberi  peluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga mereka. Bagi kebanyakan mereka tidak mahu lagi memikirkan perkara lain, selain rasa kesengsaraan sebelum menjalani hukuman mati.

Bagi kebanyakan pesalah hukuman mati, pada saat mereka diiring keluar dari sel, mereka sudah hilang kawalan emosi mereka dan dapat dapat lagi mengawal diri. Sebanyak mana pun kaunseling tidak akan dapat menenangkan mereka kerana sebaik sahaja melangkah keluar dari sel, mereka tahu mereka tidak akan kembali lagi untuk selama-lamanya. Tetapi orang yang paling merasakan kesakitan itu adalah keluarga mereka. Saya tidak berani membayangkan bagaimana perasaan mereka ketika menunggu di luar untuk mengambil mayat orang yang amat mereka sayangi.

Jika esok malam terakhir saya
Bagi saya, jika esok adalah malam terakhir saya, maka saya juga tiada ada pilihan. Tetapi saya bersedia untuk menghadapi hakikat itu. Lagipun, saya yang membuat kesilapan, dan saya telah bertaubat. Apakah saya takut? Saya benar-benar tidak tahu. Tetapi saya rasa mungkin tidak kerana saya mulai biasa dengan perasaan menghadapi kematian - jangan lupa, dalam tempoh empat tahun yang singkat ini, saya sudah banyak kali berdepan dengan kematian. Sesungguhnya, saya telah beberapa kali "mati" sebelum ini. Pada tahun 2007, bila saya ditangkap, dan penemuan ajaran Buddha, telah membolehkan saya "dilahirkan semula". Pada 2009, apabila saya telah dijatuhi hukuman mati, dan peguam saya membantu saya untuk merayu terhadap hukuman saya itu.

Saya tidak akan meminta makan malam terakhir saya yang mahal-mahal. Saya rasa saya akan teruskan rutin tetap saya bangun pada waktu pagi untuk skrip Buddha saya dan bermeditasi, diikuti dengan sarapan pagi vegetarian saya sehingga tiba waktu malam, mengenakan pakaian terbaik yang dibeli saudara perempuan saya, mengucapkan selamat tinggal kepada tahanan lain, dan akhirnya tunduk kepada Tuhan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih saya.

Tetapi saya tidak benar-benar meluahkan perasaan saya kerana saya benar-benar tidak tahu bagaimana perasaan saya ketika melangkah ke arah tali gantung. Saya rasa tiada siapa pun yang benar-benar tahu. Saya telah melalui tahap di mana saya rasa kehilangan, jahil dan penderitaan tetapi kerana amalan saya dalam ajaran Buddha, telah membolehkan saya membebaskan diri saya. Saya juga berterima kasih kerana ramai yang bersedia untuk memaafkan saya. Mampu untuk hidup sehingga hari ini adalah merupakan satu anugerah terbesar pada diri saya.

Saya rasa keluarga saya telah dapat menerima diri saya bagi apa yang telah saya lakukan, dan apa jua yang akan berlaku selepas ini. Mereka bersyukur kerana saya berubah dan saya terus membaca dan mengamalkan ajaran Buddha. Pengalaman pahit saya juga telah dapat memperbaiki hubungan di kalangan mereka dalam keluarga saya, terutama adik-beradik saya.

Tetapi saya kadangkalanya masih bimbang saat apabila ibu saya akhirnya mendapat tahu yang saya tiada lagi di dunia ini. Saya ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada anda semua. Saya tidak akan dapat berkongsi cerita mengenai diri saya tanpa bantuan anda. Saya akan berdoa untuk anda, dan semoga semua dalam keadaan sihat dan bahagia.

Selamat tinggal.

YONG VUI KONG, dijatuhkan hukuman mati pada November 2009 kerana mengedar dadah. Beliau hanya berusia 19 tahun. Pada 4 April lalu, beliau gagal dalam rayuan terakhirnya bagi mengelakkan hukuman mati mandatori, kecuali diberikan pengampunan oleh presiden Singapura.

19 comments:

Jiejah Gorjes said...

rasa lain bile kite dah tau bile ajal kite kan.

Wanie said...

die siap buat surat lagi?huhu
kesiannye muda lagi.
tapi hukuman tetap hukuman kan..

diana said...

terlajak kereta boleh diundur..
terlajak kata dan perbuatan
buruk akibanya..
apa pun,pada yang beragama islam pintu taubat sentiasa terbuka..
terserah pada kita untuk memberi peluang apa tidak pada diri sendiri..

ArulchelseA said...

cuak aku bro... memang mencuakkan tu..

wan_cikgumuzik said...

adehhhh... namaku disebut di situ.. hahaa..

satu perkongsian yang menarik cerita nih supaya mereka tau betapa azabnya menanti kematian yang pasti.. Seharusnya pasti kerana dah tahu tarih,hari, dan waktunya..

Apa2 pun, ajal maut di tangan tuhan.. Hukuman dijatuhkan mandatori, kompom2 lah mati kan??? tuhan dh ,eletakkan ajalnya di situ.. terima jer lah..

cucu umie said...

setiap yg berlaku ad hikmahnye..mungkin nie adlh blsan yg setimpal untuk beliau diatas kslhan yg dia tlh lakukan

Kapten Atok said...

baguslah dia dah insaf

tp kita kena faham yg dia buat tu adalah kesalahan besar.

edar dadah --> berapa ramai manusia rosak --> berapa ramai mati tak sempat nak insaf mcm dia?

iKhRam said...

sapa yg tidak taku tmenghadapi kematian.. lebih -lebih lagi kematian yg kita tahu perancangannya oleh manusia lain..

cerita ini benar2 menginsafkan saya.. adakala, ada manusia yg penuh kejahatan, tp tidak mustahil dia melalui kehidupan yg indah di dunia lain..

siapa kita utk menilai baik atau jahat seseorang manusia.. semua itu perancangan Allah.. perhitungan Allah..

itulah kuasa taubat.

kita pun tak tau apa akan jadi pada masa depan kita.. melainkan dengan berdoa yang baik-baik utk diri sendri..

semoga allah pelihara diri kita dan keluarga kita yer dari menghadapai apa saja kemungkinan-kemungkinan yg tidak baik.

Fathiah Hamim said...

alaa sedeh nya baca surat neh. kesian dia.

syrupmasin said...

adoii..mude2 dah kene hukuman tuh..errmm..

kotak bulat said...

mesti sengsara idup dia sb dia da tau bile dia akn mati..terlajak perbutan,mmg xpat undur

nur said...

BILA ADA FAITH.. LAIN PENERIMAANNYA..

TAHNIAH UNTUK:http://www.benashaari.com/2011/07/blog-pilihan-hari-ini_10.html


ALL IN ONE

JOM TENGOK GAMBAR BEST!!
JOM KE: ALL IN ONE

...Minah BluR... said...

meremang bace...huhu
die baru 19 tahun..erk

ChaCha said...

byk beri kesedaran surat dia ni..

alif haris said...

kpd mereka yg diluar sana ,, hargailah kehidupan ini, jgn terjebak dgn perkara yg boleh mmbinasakan hidup ini ..

Bui Junaidi said...

padah kerana mengikut nafsu lah ni..huhu..*_*

aimaniman said...

sedih bila baca.. tapi kalu x tertangkap.. dia sedar ke kesalahan dia.. macam dia kata, setelah tertangkap br dia sedar akan kesalahannya.. walhal kesalahannya tu menyebabkan 1001 juta ++++ manusia lain, yang dikasihi oleh kuarga masing2 'mati' sbb dadah yg dia edar tu.. kan kan

TYNTHA LANA said...

Terharu hingga hampir menitis air mata..mengapa ya, dalam banyak situasi, apabila sedar diri semakin hampir dengan mati, ketika itu datang keinsafan, kesedaran.. maaf,pertanyaan ini tak merujuk kepada mendiang.. merujuk umat manusia seluruh alam...

Terbelog said...

ish..
surat org mati