Tuesday, November 8, 2011

KERANA CINTA WANITA MALAYSIA SENANG DIPERBODOHKAN ????


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Wanita Malaysia senang di'PERBODOHKAN" dan di "PERDAYA".  Bukan aku cakap yer.. nak tahu baca petikan utusan kat bawah ni...ni gara-gara percayakan cinta cyber. ingat dapat pakwe hensem rupanya terjebak dengan penipuan awang hitam..hahahah. jadi lepas ni berhati-hatilah yer.



Sifat tamak dan buta cinta menjadi antara faktor utama wanita Malaysia khususnya mudah diperbodohkan oleh sindiket warga Afrika yang menjalankan kegiatan penipuan kiriman bungkusan. Pensyarah Kriminologi Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. P. Sundramoorthy percaya Malaysia adalah antara negara tertinggi terlibat dalam penipuan seumpama itu berdasarkan bilangan pengguna Internet yang banyak berbanding negara-negara lain. "Jika dibandingkan dengan negara-negara Eropah sekalipun, negara kita masih berada di tahap atas. Ia belum lagi diambil kira dengan kes-kes yang tidak dilaporkan kepada polis," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas Laporan Khas Utusan Malaysia hari ini yang melaporkan semakin ramai pengguna Internet yang mudah 'diperbodohkan' oleh sindiket warga Afrika yang menjalankan kegiatan penipuan kiriman bungkusan dengan menjerat mangsa melalui cinta siber.Statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan terdapat kira-kira 86 kes dilaporkan sebulan atau tiga kes setiap hari.Sundramoorthy memberitahu, sifat semula jadi rakyat kita yang terlalu mudah mempercayai seseorang tanpa perasaan mencurigai memudahkan lagi pergerakan sindiket itu.Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terpedaya hanya sedar diri mereka tertipu setelah membuat beberapa bayaran sebagaimana yang diminta oleh sindiket tanpa mendapatkan bungkusan tersebut.



wassalam..

8 comments:

ArulchelseA said...

bukan pasal hensem ni..ni mesti pasal wang..pempuan malaysia pasal duit gelap sikit matanya..kih kih kih..

harrazdani said...

betul tu bro..tapi tak semua laa..huhuhu

tunz said...

bukan nak kata apa....ada sorang kwn mama d KL pena ditipu la...hishhhh.. takot.....nauzubillah.....dia percaya sgt kat 'org asing'..puas mama nasihat dia x pedulik jugak....dia rugi 4k jugak lah...dia org ni memang licik..siap e mel pic bungkusan n resit skali..bila brg dh tiba sini,akan ada agen yg call ckp brg tu terlbh berat la..kena denda..kena bank in duit...
modus operandi dia lbh kurng sama...dh kuar akhbar pon dia org ni x serik2...dh x de keje lain ler...menagih cinta yg hanya ada seronok di dunia.....mcm2 lah di dunia ni ...

harrazdani said...

mama ; lain kali kena berhati2 jgn mudah percaya....

harrazdani said...
This comment has been removed by the author.
MARIA LIZA said...

agaknya diorg pk lelaki2 camni kaya-raya kot...

Anak Wak Mail said...

ish..harap2 dijauhkan lah..

tnZackJ said...

perempuan oh perempuan..mudah aje ditipu oleh mat gelap ni..