Saturday, January 21, 2012

PANGGILAN HANGIT ‘HOT FM’ DITAMATKAN BUAT SELAMANYA

 SEGMEN PANGGILAN HANGIT ‘HOT FM’ DIHENTIKAN SELAMANYA | Dalam satu pengumuman ringkas menerusi Hot FM, AM Krew yang membariskan Faisal Ismail, Fara Fauzana, Usop Wilcha dan AG memberitahu segmen Panggilan Hangit kini hanya kenangan. Pihak pengurusan di’khabarkan telah mengambil keputusan untuk memberhentikan segmen ini buat selamanya dan peminat Hot FM yang selama ini setia menanti di hadapan radio setiap pagi akan kecewa bermula hari ini.
Walaupun tidak menyatakan apa sebab sebenar penutupan segmen Panggilan Hangit ini, kami menerima satu dakwaan liar yang berkata ianya berpunca dari insiden seorang artis senior yang melenting. Al-kisahnya, satu pagi seperti biasa AM Krew menjadikan artis senior yang kita kenal seorang yang cepat melenting & bermulut laju ini sebagai sasaran, tetapi tanpa mereka duga gurauan mereka menjadi isu serius.
Tidak dapat kami pastikan apa butiran Panggilan Hangit yang artis senior ini terima tetapi khabarnya selebriti wanita ini telah pun membawa perkara remeh ini ke pihak atasan & hasilnya, Panggilan Hangit tamat riwayat. Jika kami sebutkan nama artis senior ini disini, pasti kami akan turut diheret bersama dalam isu ini, maklumlah semenjak dua menjak ini, beliau sensitif dengan isu gurauan generasi baru sampai tahap buka fail saman. sumber

2 comments:

Muhammad Syahmi said...

panggilan hangit yang dibatalkan sebelum ni dah ditarik balik pihak pengurusan hot.fm

panggilan hangit akan disambung semula isnin nih...

Unknown said...

kes sensasi ni