Salam sahabat, aku dapat ni dari blog rotikaya.com. Terkejut juga bila tahu kes ni. Kesahihan cerita dan punca sebenar mengapa penyanyi ini bertindak sedemikian masih belum dapat dipastikan. kalau benar cerita ni harap ada pihak yang tampil membantu khususnya persatuan-persatuan yang terlibat dalam industri hiburan tanah air.
---------------------------------------------------------------------------------
Macam tidak percaya pun ada apabila membaca tulisan para peminat dunia hiburan
Malaysia di forum Cari awal pagi ini. Namun
tulisan mereka mempunyai kemungkinan.
Seorang penggiat forum bernama Ameflora menulis mengatakan yang beliau
terlihat satu status Facebook rakan beliau yang mendakwa ternampak kelibat To’ki
sebagai peminat sedekah.
Beliau sendiri mendakwa pernah terserempak dengan To’ki sebelum ini
di’sekitar kawasan yang sama iaitu Pasar Borong Selayang & tidak menyangka
lelaki meminta sedekah itu adalah To’ki — dan terkejut dengan pengesahan rakan
beliau.
Mohd Zaki Mansur atau lebih di’kenali dengan nama To’ki mula menyanyi sekitar
lewat 80′an dan popular dengan lagu Selumbar & Hampa sekitar 90′an.Kali terakhir kami semua mendengar kisah tentang To’ki dalah sekitar tahun
2006 yang melibatkan penyanyi ini dengan dadah dan di’dakwa sebagai seorang
ketua kongsi gelap selain tuduhan memukul isteri..
Rotikaya akan cuba mendapatkan pengesahan tentang perkara ini & jika
memang benar To’ki memerlukan bantuan, pasti ada badan kebajikan artis yang akan
tampil memberikan bantuan. InsyaAllah. (Foto Ihsan The
Star)
---------------------------------------------------------------------------------
1 comment:
sian betul kalu berita ni betul..
Post a Comment