Wednesday, May 16, 2012

[VIDEO] ANCAMAN PALING BESAR TERHADAP UMAT ISLAM PADA HARI INI


Salam sahabat, terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk meneliti dan mendengar apa yang dikatakan dalam video di atas. Mungkin ada yang bertanya dari filem  mana video ini disunting ? dan mungkin ada yang beranggapan video ini berunsur syiah. Aku harap ketepikan persepsi itu terlebih dahulu dan fokus kepada apa yang diperbincangkan.

Yang aku nak sampaikan kita sama-sama mengenal siapa musuh kita yang sebenarnya sebelum menuduh orang dan pihak lain. Jika kita lihat situasi hari ini, peperangan dan penindasan  yang tidak berkesudahan di Timur Tengah dan Negara-negara islam yang lain. persoalannya mengapa hal ini boleh berlaku ??? jawapannya mudah kerana umat islam dan para pemimpin umat islam sendiri. Seperti apa yang kita tahu, negara islam diantara negara yang menjuarai korupsi, penyalahgunaan kuasa, kotor dan pelbagai lagi.

Situasi ini berlaku di depan mata kita sekarang, di mana umat islam a.k.a melayu saling berbalah dan caci mencaci semata-mata perbezaan agenda perjuangan fahaman politik masing-masing. Berbahas  berdasarkan emosional dan ketaksuban fahaman politik dan tidak berlandaskan fakta dan ilmu. Oleh kerana itu, aku tak heran apabila ada ayat-ayat yang kurang enak dan bijak terlontar dari mulut-mulut mereka di media-media cyber khususnya facebook.

Aku harap kita semua telah menemui musuh sebenar kita. Macam mana kita nak merubah negara ini kepada  ekonomi dan politik yang lebih baik jika diri kita sendiri terpalit dengan pelbagai perkara yang tidak baik. "allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa  yang ada dalam diri mereka sendiri". Pesanan untuk diri aku juga.

Wassalam.

No comments: